? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, August 8, 2012

Check up 7 bulan (28 weeks)

Semalam aku bertapa kt Pusat Rawatan Islam Az-Zahra tu. bertapa okeh. kemain lama menunggu. dh berakar-akar bontot rasa. bayangkan lah daripada pukul 8.45 pagi sampailah pkl 11.30 pagi aku duk menunggu. bleh bayangkan tak betapa lamanya.

rahsia aku supaya cepat jumpa doktor yang penah aku bagitau sebelum ni tak menjadi oke. sampai2 je aku tengok dah ramai umat. tau2 nombor giliran aku nombor 11. pitam!

yang adik dalam perut plak. awal-awal tu dia duk diam laaa. lps dah lama sangat dia pun reti nak memberontak kat dalam tu. tak pe tak pe dugaan di bulan puasa kot. mgkn semua orang free waktu pagi. tu pasal semua orang dtg awal pagi je semua.

ok berbalik kepada keputusan check up, hohohohohoh berat aku naik berkilo-kilo. aku sendiri terkejut tengok berat aku nih. tak penah lagi seumur hidup seberat ini. 67kg pada usia kehamilan 7 bulan. naik 3kg dari bulan lepas. korang congak sendiri klu dah sampai hari nnt berat aku berapa. takuit!

mgkn sebab selera makan aku dah bercambah-cambah dah ni. asik lapar je. w'pun bulan puasa, nafsu makan memang subhanallah. lps berbuka tu aku bleh tambah dua tiga round lagi duk ulang makan nasik. mana tak gems macam nih. jangan tak muat baju raya dalam almari tu dah laa. ada jugak yang pakai dress je di pagi raya.

ohhh walaupun sedar diri ini sudah sarat mengandung, aku tetap nak berbaju kurung di pagi raya. kenapa? sebab aku nak feel hari raya. klu pakai selain baju kurung lain skit feelnya. cuma adik beradik kena hadaplah aku macam sarung nangka nnt hahahahha

keputusan check up lain alhmadulillah baik-baik aja. kepala adik pun dah ke bawah dah. tunggu masa je utk dia masuk dalam laluan. uri pun elok je kat atas. oh berat adik baru 1kg. nampak sangat berat ibu yang over nih.

persiapan utk adik pun aku dah hampir nak siap. kira dah 80% laaa. sebab ape aku buat awal, senang nnt. yang ni pun aku dh tak larat nak jalan ke meronda cari barang, apatah lagi bila dah sangat-sangat sarat nnt. baju2 kakak aleesya yang sesuai utk adik pakai pun dh siap basuh semua dan packing dalam beg dia pun. senang nanti main angkut je.

cuma kena tambah beberapa barangan je lagi. macam set bersalin sumer tu. aku igt nak teruskan ngn leesa formula sbb aku rasa macam serasi ngn aku je (ikut pengalaman lepas). tapi itu tak beli lagi, tunggu bonus incik fidi hahahahaha.

4 love purple:

mek da ©™ said...

hahhahaaaaaaaa gelak secara berjemaah!!!!

myle@my said...

agak2 bab berat tuh bulih betukar ke angka 7@8 dop? huhuuuu

kene pantang ketat la lepas ni ;)

purple_lav said...

mekda : hahahah suko lah suko. sekali dia pun membesar bagai juara jugok kam hahhaha

amy: bertukar ke angka 7 tu MUNGKIN. tapi jange lah sapa ke angka 8 tuh....sakit plok nk kurus balik. samo berat ngn tok laki meta.

Mama Likha said...

lorrr cptnyer. dh 7bulan yer....