Rasanya hari raya tahun ini tak de yang menarik pun. dengan badan yang sudah memberat ini, aku dah macam tak terdaya dah nak gerak sana sini. ingat nak tolong mak ngn along di dapur, tapi sempat bertahan dalam sejam pertama sahaja, sbb lps tu perut mengeras bagai nak pecah. kt ari-ari tok sah citer, sakitttttt....mungkin sebab penat sangat.
mana tak nye, kat umah mak orang datang tak putus-putus. lps je solat raya, orang dah bagi salam. lps tu tak berenti-renti orang duk bagi salam. tuan rumah rasa tak sempat nak bernapas sbb tak cukup kaki tangan hehehe...tapi meriah jugak. sebelum ni mana ada orang datang sebegitu ramai kt rumah mak.
lepas tu sesi bergambar bersama seisi keluarga pun ke laut semua. dah laa orang ramai satu hal, lepas tu tergendala lepas adik aku ni kena sawan plak di pagi raya. dia tu jenis badan tak bleh penat, tak bleh tak cukup tidur. mulalah senang je kena sawan.
adik aku tu kena sawan masa dia kat masjid. nsb baik abang ipar dia tu suka lambat2kan masa, nk pegi masjid pun sempat lagi buang2 masa kat umah. tetiba ada budak sampai umah bagitau adik aku tu tengah 'nyetok' ore kelate royat. apa lagi, trs bawak mak zassss ke masjid.
udahnya klau dh tak cukup korum, mana best nak bergambar beramai-ramai kan. keluarga kecik aku sendiri pun tak sempat nak bergambar.
untuk kenangan dan tanda ingatan, masa ni aku ngandung 30 minggu. :P
ni plak gambar ayah dan anaknya. klu rajin dan reti nak je aku crop gambar aku kat atas duk sebelah dorang ni. baru ada gambar bertiga + dalam perut sorang. yang penting aleesya jadi gud girl sangat masa hari raya hari tu. selalu sangat hilang depan mata aku. tau2 je mak2 sedara ngn bapak sedara dia bagi aku dalam keadaan bertuala dah, siap mandi bagai. bagus- bagus.tak de lah mak buyung ni tertonggek2 dalam bilik air mandikan anak dara nih.
ok nnt rajin ai masukkan dan citer lagi kisah hari raya next entry.
0 love purple:
Post a Comment