? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, April 29, 2011

1st time beli baju pasar malam

eh, bukan aku yg 1st time tu. aku memang semua baju dari pasar malam hahaha ngn tudung2 sekali aku rembat. mana bleh tahan kalau dah rege cuma RM10 sajork.

ni baju aleesya. sblm ni aku banyak beli baju aleesya kat manjaku, bangi jer. dari kecik sampai laa sekarang ni. cuma bila dia dah makin panjang ni, pilihan baju untuk dia kat Manjaku tu agak terhad. kat sana lebih kepada baju baby2.

jadi semalam bila pegi kat pasar malam, ternampak lah baju tido. comel dan bleh tahan lah. dah belek-belek tu, aku amik dua pasang baju tido. masa nak membayar tu terkejut beruk...

sekali abang tu cakap RM10 jer. eh abg ni salah kira ke sbb aku amik dua pasang ni. dia cakap sepasang 5 hengget jer. laa...murahnye.. suka suka.macam tak percaya pun ada. sbb kat Manjaku paling murah pun belas-belas ringgit jugak.

kalau nak yang mahal, berlambak-lambak jer. tapi aku pembeli yang bijak. hehehehehe

nampaknya bleh laa survey baju aleesya kat pasar malam lagi ye. bagus-bagus nnt bleh ikut ibu shopping kt pasar malam jer.

ariani padat!!!

tengah hari tadi aku ngn kawan aku pergi ariani kat bandar baru bangi ni. sekali masuk...mak aiiiii...ramainya manusia!!!

berjalan kalau tak berlaga bontot memang tak sah. dah rupa macam nak raya esok jer dalam ariani ni. sbb ape aku kata gini...sbb dl kan aku penah terkena pegi beli tudung last minit kt ariani. nak memilih pun dh tak senang. orang lagi ramai dari tudung.

tadi sbb ada diskaun untuk pemegang kad ariani. jadi itulah kot yang ramai. setiap orang yang keluar dari ariani memang tak sah tak bawak keluar sekali beg kertas ariani tu hehehe. aku jer yg tak. sbb aku tunggu kat luar. tak tahan dgn orang ramai.

aku memang ada satu penyakit. kalau ada tengah-tengah orang ramai / tengok orang ramai aku bleh jatuh pengsan. btl...dulu masa kecik-kecik, kalau nak pegi beli baju raya kat pasar tanah merah (sape yg duk tanah merah tau mcm mana keadaan pasar tu, dgn sempitnya, dgn gelapnya) mak aku sll pimpin tangan aku dan cari jalan yg tak der org ramai sgt. sbb kalau tengah sesak-sesak tu, mulalah aku rasa pening, pucat, nak muntah, segala2nya lah.

lagi satu masa kt UUM dl. kalau orang baru baru keluar kelas, jangan lah aku nak memandai-mandai tengok orang yang serbu pintu secoit tu. dah rupa macam semut baru terlepas dari sarang. mau aku rebah kat situ jugak.

ntah apa ntah penyakit aku ni pun tak tahu. nsb baik dapat laki pun tak suka tmpt orang ramai2. harap aleesya pun sama ngn aku jugak. aman hidup hahahahaha

budak selalu demam

saper lagi kalau bukan aleesya. aku pun pelik. rasanya dari awal bulan hari tu lagi dia demam. on off. kang kejap baik, lps tu demam balik.

nak kata tumbuh gigi, aku dah skodeng. tak der pun tanda-tanda gusi bengkak ke ape. agaknya musim kot.

gambar kat atas tu, pukul 3 pagi. dan incik fidi tak der di bumi bangi. susahnya hati aku tak der sape yg tahu masa ni. bila tido tu terpegang kepala aleesya, masyaAllah panasnya...

bangun dan lap kepala dia. lepas tu masuk ubat bontot baru macam oke ckit. tapi dia tak menangis, tgk laa gambar kt atas tu.demam tapi posing tetap posing hehehe...

semalam badan dia tak panas, alhamdulillah. bleh mak dia tido ngn tenang. sbbnye kepala aku ni dah dua tiga hari duk pusing-pusing. mak pening!

cerita basi - berjimba di MidValley

lama dah woo tak pegi midvalley. rasa rindu sungguh mencongkam pada MV hahahaha. oh ye....kalau nak tahu ni cerita dah lama, tapi aku tetap nak jaja jugak. ada aku kesah kan? hahaha masa ni weekend lepas. incik fidi baru jer balik. jadi harus meluangkan masa bersama keluarga kekdahnya.

jadi jom kita ke midvalley. pilihan untuk ke sana sbb  masa tu dh ujung bulan, jadi dgn harapan orang tak ramai laa. korang igt MV tu tak penah tak der orang ke? memang tak lah...bersusun jugak orang...ntah datang dari mana pun aku tak tahu.

 aku igt kan bawak anak yang berusia setahun lima bulan ke tempat permainan masih tiada respon. rupanya tidak! sumernya dia nak. agaknya kalau bleh bercakap...ibu nak yang ni...ibu nak yang tu...

korang tengok laa sendiri macam mana keadaan dia.kiri kanan penuh dengan mainan. teddy bear pink tu dia dah tak mo lepas.

apa ni aleesya...tak rock laa pink pink ni. jom kita cari kaler purple....

 ayah....nak kete ni....oh, banyak betul yang aleesya nak ye...sabar ye nak. ibu bagi apa yang ada kat tangan tu jer oke.

 ni nak menjahanamkan teddy bear ke ape ni? memang tak dinafikan aleesya ni kalau dia main memang terganas skit. 'ter' oke hahahaha.

 bila bawak dia kat kawasan ni kan, dia punya suka memang tak leh nak blah. rasa macam nak bawak balik semua mainan kat situ. kejap kejap kat situ. kejap kejap kat sana. kejap kejap kt sinun.

balik jer dari MV ni terus malam tu badan aleesya dah panas-panas. ingatkan dah oke demam dia. sekali datang lagi....

nanti aku cerita kisah sedih demam aleesya ngn aku. sob sob sob...

Wednesday, April 27, 2011

lama betul tak bukak blog

keadaan yang buzy dengan asgmnt yg berlambak dan laptop rosak punca segala-galanya aku tak sempat nak bukak blog hahahah kelas tak ayat dipagi hari ini...

memang betul lah....asgmnt 2 3 hari ni memang tak henggat. tapi aku masih oke. jangan risau yek.

lagi sebab lain sbb laptop aku ni masuk virus apekejadahplak aku tak tahu. tetiba jer nak bukak blog, terus dia reject. nak bukak fesbuk, dia reject. habis ape guna aku beli broadband kalau tak bleh bukak dua benda penting ni kan...

sekali terus aku zass kan laptop aku masuk wad. oh, tak der laptop dikala hari minggu memang sodeh ya..aku rasa macam tak tahu nak buat apa. tapi tak pe, incik fidi dah balik, wohoooo!

tapi kejap je lah...sekarang dia dah kat penang lagik. tinggal laa aku ngn aleesya berdua plak. nak buat macam mana kan. kerja....kalau bukan kerja mau aku dah marah oke.

ok lah itu lah intro bebelan. nnt jap lagi aku sambung lagi entry terhangat. hahaha jangan percaya sangat. kang sampai ke malam tak der citer

Wednesday, April 20, 2011

hari tu calar, kali ni kemek plak

kan hari tu aku ada citer pasal tetiba kete aku calar diguris masa parking kt tempat kerja kan....malas laa plak nak korek entry lama-lama.

kali ni kete aku kemek plak dan tak tahu siapa punya angkara. kesian myvi putih tu.


korang boleh nampak tak kesan kemek tu? kalau tak nampak sila amik kanta pembesar. kalau tengok kat luar ni, memang sakit mata aku.

tadi aku dah pegi bengkel, tanya apa yang patut dibuat dengan kete ni. sekali apek tu cakap susah woo nak buat. bila aku tanya lama ke nak siap? dia bleh cakap 2 3 jam. ayooo lamanye. klu tengok kerosakan macam simple jer kan. apek ni nak kencing aku ke ape?

bila MMS dan bagitau kisah kt bengkel tu kat incik fidi, terus dia kata..biar dia yang urus semua. tunggu dia balik nanti. sbb dia kata macam apek tu nak tipu jer.

ok lah..aku ok jer. nak suh aku buat pun tak pe, cuma bab tipu menipu tu aku tak tau lah. maklum lah aku ni pemandu wanita yang hanya tau bawak kete, isi minyak dan parking kete. selebih dari itu aku tak tau. nak isi angin tayar pun terkial-kial.

Gosip : Kris Dayanti dah hamil 4 bulan?

pix google. tq

baru jer kawen sebulan yang lalu, tup tup hari ni keluar paper "Saya dah hamil 4 bulan" . Ajaib bukan?

kes ni terpulang pada pendapat masing-masing. tapi tak salah aku lah, Anang bercerai dengan Kris pun sbb kantoi hubungan mesra ngn Ramos (Raul Lemos, suka hati aku nak short2 nama orang hehehe)ni kan? Jadi memang dah sah-sah benda termengandung ni terjadi hehehe

tapi pelik laa, naper masa Kris pakai baju pengantin ni tak nampak pun perut dia. ke dia pakai korset? alamak kesian laa baby dalam perut tu....

Tuesday, April 19, 2011

pemakanan budak sekolah dipantau

kesian kan budak sekolah zaman sekarang ni. kalau dulu nak makan nasi lemak tiap-tiap hari oke jer, tapi kali ni hanya sekali seminggu jer yang dibenarkan.kalau nak makan jugak, silalah makan kt umah hehehe

sebabnya kada obesiti dikalangan pelajar sekolah semakin teruk. mana tak nye, lepas balik sekolah berderet-deret motor yang jual jajan tu dah ada depan sekolah. aku igt lagi masa balik sekolah dl, ada satey ikan. yang tu best. bagilah sepuluh cucuk pun kat aku mesti habis.

nak beli jajan dl, takut kena marah ngn abah. abah aku memang dia straight skit bab-bab makan jajan ni. kalau tak mahu mulut kena tepuk ngn abah, baik lah elakkan makan jajan. melainkan abah sendiri yang beli. itu pun 2 3 bulan sekali baru dapat makan.

oh ye sekarang ni, kerajaan pun nak buat ke dah buat aku tak pasti...setiap buku rekod pelajar akan disertakan sekali BMI atau berat badan ideal pelajar. kalau lebih, teruk laa budak tu kena diet. fuhh...kalau dl, kita takut dapat markah kaler merah, budak skrg berganda lagi takutnye....takut BMI naik hihihih

tapi rasa elok juga kerajaan buat macam ni. memang aku penah tengok budak sekolah rendah yang berbadan gemuk makan. kalah aku makan masa membela. hahahahhaha.

dan ada anak kawan incik fidi, baru berusia 4 tahun bleh makan seperiuk nasi. itu aku tak pasti laa mak dia masak bape pot. tapi kalau telur rebus tu, dia sap sap soi jer bleh habiskan 5 biji telur sekali makan. mak aiiii pengsan!

bongkok

kalau tengok gambar di atas ni, kita bleh nampak postur badan aleesya (ceh macam ayat dalam majalah kesihatan plak) hihihih...

dia kalau tengok tv memang gini lah badan dia. lagi syok lagi bongkok. aku dah penat betulkan badan dia. tapi totap nak buat macam ni jugak.

kalau kitaorg tengok aleesya dalam berkeadaan gini, kitaorg sll gelak. mana tak nye...bak kata incik fidi (eh bukan aku sekali ke) bergulung-gulung dah aleesya tu....

oh gambar di atas juga menunjukkan cara bagaimana anak dara ini makan. subhanallah, kaki dah masuk dalam mangkuk dah aleesya oiii. masa ni aku masak spegetti, tapi idak lah aku bagi makan sekali ngn kuah dia tu, mau sakit usus perut anak aku ni. bagi makan kosong jer.

speggeti banyak bersepah atas lantai dari yang masuk mulut. terus masak bubur nasi utk dia. eh jap nak cerita, bila dia dah kenyang makan bubur nasi yang maha sedap (hahaha) tetiba dia sendawa. tetiba aleesya terkejut bunyi macam tu. dia cuba buat lagi sekali. aduiii takkan tak perasan kot selama ni dia dah sll sangat sendawa tu....hahahaha

gedik gedik geli dengan aleesya

 hari isnin kelmarin aku cuti. aleesya tetiba demam plak. klu ikut hati kering bleh je hantar kat pengasuh dia. tapi hati aku penuh dengan rama-rama jadi tak sampai hati nak tinggal dia. haruslah aku amik cuti dan jaga dia.

tapi dalam demam-demam pun, bila kita suh dia buat sesuatu dia layankan aje. bagus betul anak ibu ni...

 jadi marilah kita pose geli geli skit. bila aku suh aleesya pose letak jari kat mulut, tak sangka dia pun buat jugak.  tapi abaikan laa, sbb dia punya tak menjadi geli-geli macam yang aku punya hahahahah

laju-laju aku hantar MMS kat incik fidi. tetiba incik fidi jeles dan cakap, " ini umpan suh abg balik la" heheheh mak tak cakap ape2 pun. mungkin dia teruja tgk anak dia dah pandai buat macam-macam.

ni plak pose gedik geli-geli by aleesya sendiri hehehehe. geli tak? aku yg tengok macam "eh gedik plak amik gambar tutup-tutup mulut yg bajet comel tu" tapi memang comel lah!

Monday, April 18, 2011

model almari

 sejak dua menjak aleesya dah besar ni tetiba rasa seronok kawan dengan dia hahah betul laa. kira dia bleh buat geng laaa...

terus rasa tak sabar nnt dia dah besar esok2, bleh ajak pegi tengok wayang kat alamanda berdua je ngn dia. incik fidi bleh tinggal suh jaga umah hehehe

 ni peel terbaru. suka sangat main kat dalam almari. sib baik dia tak leh panjat masuk dalam almari tu lagi....

 ok ini budak kan, suka sangat nak melawa. masa amik gambar ni dah pkl 11.30 malam dah. bleh laa dia jumpa topi ni dan pakai sambil jalan teleng-teleng kepala. aduiiii layankan aje,


tak sabar nak tunggu dia bleh cakap dengan lancar. yang sekarang ni pun dia dah pandai dengar arahan. bila kita suruh buat sesuatu dia dah bleh paham dan buat benda yang disuruh.
ha, yang ni plak, dia masuk dalam almari purba dan harta karun incik fidi.segala mak nenek barang-barang incik fidi ni ada dalam tu. jangan laa berani nak usik. hahahaha

ha, kalau dah aleesya masuk gini, agak2 dia marah tak? hahahaha lariks

Tuesday, April 12, 2011

senyum plastik

ok cik adik kakak sekalian, inilah dinamakan senyum plastik. senyum tak ikhlas hehehe

masa ni aleesya duk nangis sambil pegang tepon aku. aku tny laa dia naper? dia cakap dalam bahasa dia, sah-sah aku tak paham kan. jadi saje aku buka kamera dan amik gambar dia.

bila cakap, senyum aleesya...tu yg jadi senyum plastik macam kat atas tu. hehehe

tapi kalau ada yang bagi senyum plastik kat aku, aku tetap balas jugak senyum dia. tapi aku balas plastik jugak la. ko nak lebih? memang tak lah hahahahha

eh eh tapi aku memang suka senyum kat orang. kata orang senyum tu jadi awet muda. jadi aku suka muda-muda ni. harap dgn senyum banyak terus jadi muda belia gitu.

tapi ada tak org cakap senyum bleh jadi kurus? *pengsan hahahaha sbb baru kejap tadi pergi timbang. sekali berat dah tak turun dah. ala....

aku tadah pakai baldi skrg!

kan aleesya skrg asik muntah-muntah. aku pun tak tahu kenape dia lama sangat batuk + muntah-muntah ni. agak penat jugak laa klu nak bangun pkl 2 3 pagi heret aleesya pegi toilet. itu pun klu nasib baik dia tak muntah atas katil dl. kalau tak, jadi maid laa aku duk tukar cadar tengah-tengah malam.

yang kesiannya dia banyak nangis klu dah muntah-muntah tu, mungkin dia ingat aku marah dia kot. tak der lah sayang, ibu kesian kt aleesya....budak kecik kan, dorang mana reti nak cakap ape2.

semalam aku dah terpikir jalan penyelesaiannya. aku dah standby baldi siap2 kat tepi katil. agak2 aku dah dengar aleesya batuk-batuk tu, aku dah bangun kan dia dan suakan baldi. hehehe terasa diri sungguh bijak. jadi bila dia muntah tu, masuk dalam baldi jer lah, tak der lah melecak kat atas katil.

tapi aku plak yang pening sbbnya aku terus bangun dengan tiba-tiba. rasa macam darah tak sempat naik kat kepala.

incik fidi cepatlah balik!!!!

Monday, April 11, 2011

hang out dengan member baru

pergi ipoh hari tu tetiba jer aku dapat contact aka kawan baru hehehe. dorang ni friendly dan mudah mesra. jadi tak pasal2 aku bleh join kepala dorang hehehe

 kt depan lost world tambun....

 geng yang happening dan kepala otak yang giler-giler. masa ni tgh sambut besday girl baju merah tu, ian. tetiba kan aku join dorang, padahal kenal tak sampai 2 jam pun hak hak hak...

 makan-makan dan borak-borak. ini lah sebabnya sampai umah lambat huhuhuh

 ala boleh dimaafkan lagi sbb lambat dalam sejam gitu jer.

 oke, ini lah barisan Malaysia Next Top Model bersaiz XL hahaahah....sumer sama saiz oke...oke lah kan...

anyway thanks intan n ian...korang memang best. tapi korang tak letih ke cakap banyak? wakakaka lariiiiii

Ipoh Mali!

 fuh! akhirnya selamat jugak aku pulang ke bangi hahahaha. macam laa ipoh tu jauh sangat kan. tapi penat jugak laa nak bersembang ngn photographer dalam kete. sampai dah hbs orang aku mengumpat hahahaha...

sepanjang kat sana, aku ajak incik fidi sekali teman aku tido. ate dia dah ada kat penang yang hanya sejam setengah je nak sampai kat ipoh, buat ape nak membazir rindu kan. moh le kita jumpa yeop!

sampai sana, memang dah janji nak jumpa dgn xroomate masa kt UUM dl.

 tadaaa....bakal puan ujung tahun ni. namanya zura. aku tgk dia ni dari dulu sampai sekarang dah berubah2. duk gitu jer. jeles sungguh. klu nak dibandingkan ngn aku yang ada kt sebelahnya itu, memang jauh sangat. dulu aku kurus (nak jugak cakap) skrg dah mok mok...

bak kata zura, gambar ni macam ibu ngn anak jer. eh berani ko? hahahahah

 KITA BAKOR, KITA BAKOR!

hahahaha...kan dah ghupe itu kan tangan masing-masing. ini lah kerja aku kat sana. ate, sepanjang kat sana awok ghase suka kabor peghok ni....awok suka lah. kome macam mane? memang syok sangat awok dgr orang-orang kat sana duk bersembang.

 on da way nak balik bangi, sempat jugak laa menyingah kat Lost World Tambun...bagus jugak, bleh menambah contact hehehe....

korang tgk abang photo tu kemain berani duk dekat tu ngn pak belang. hohoho..baru kali ini aku tgk pak belang dalam jarak sedekat ini.. takut wooo....besar nak mampus rimau ni. aku rasa sekali dia terkam aku terus arwah laa.

 ini lak anak rimau. baru berusia 8 bln. ape ntah namanya...



 yang ni jer aku berani duk dekat. itupun kejung jugak laa urat perut bila anak rimau ni bergerak2...waaa takut laah...
aku rasa klu bawak aleesya ni memang menonong jer lah dia p gosok anak rimau ni. sbb aku rasa mesti dia ingat ni kucing!

mencik tengok gambar ni, peha besar bas!


salah satu pemandangan indah. ini ape ntah namanya tapi salah satu tarikan yang ada kt tambun ni. cantik kan. bleh laa nak feeling jadi hindustan.

tapi bersembang punya lama, sampai dah nak maghrib. hati aku dah meronta2 nak balik ni sbb tak sabar nak peluk cium aleesya. tapi aku tgk photographer punyalah syok bersembang tak sanggup plak nak ajak balik. tapi last2 aku ajak balik gak hahahahah

sampai umah, terus pegi amik aleesya. dia punya melentok kat aku ni macam ruper dah tak mo tinggal dia lain kali. ololo sian anak ibu. nak buat macam mana kan, itu kerja nak....sabar ye..

Wednesday, April 6, 2011

Ipoh with Love

eceh with love kunun..sbbnye aku perasan dua tiga menjak ni kat shoutbox aku ramai2 pakat duk tulis with love. jadi aku ni pun terjebak sekali laaa hihihihi...

esok aku ke Ipoh, ada outstation di sana. tiga hari laa tinggal si kecik tu dengan babysitter dia. sori ye sayang. ibu kena kerja. nnt balik dari outstation ibu bawak aleesya pegi jalan2 tgk animal nak?

jadi kepada sesape yang ada kat ipoh tu cekidaut kat sana ye. hahahaha. macam laa sempat. asgmnt pagi petang siang malam.

ada orang cakap kat sana ada Nasi Lemak Ayam Kampung terbaik? ye aku nak buat asgmnt ngn makan kat sana. tak sabar sudah!

Tuesday, April 5, 2011

redha walaupun hati merungut

 nampak tak gaya ibu mithali? ye memang....nampak gemuk kan. oke ape! hahahahaha. si Aleesya tu baik punya usha nasi beriani.

ok nak cerita pasal mithali ni kan....aku dah dua hari duk berdua jer ngn aleesya. apaknye kini nun di penang mencari sesuap nasi. hihih. jadi dengan diri tak berapa sihat tambah pula anak pun tak berapa sihat, ia sedikit sebanyak menguji kesabaran aku.

pesen aleesya yang memang aku dah faham2 sangat....bila dia batuk secara berlebihan, get ready lah kain ke selimut ke atau heret je dia ke bilik air. sebabnya dia akan muntah yang keluar macam air terjun. takut mak oke.

tapi dalam takut pun mulut aku bising jugak hahahahah "aleesya kenapa laa nak susahkan ibu" "aleesya nape ni....sajer nak tambahkan kerja ibu" aleesya....aleesya...sib baik budak kecik tu tak reti cakap lagi, kalau tak dia sound aku balik gamaknya.

macam kes semalam laa....dah tido bleh seround sbbnye dah pkl 2 pagi pun. tetiba aleesya ni terbatuk-batuk. aku gosok jer laa dada ngn belakang dia, pastu sumbat botol susu. bagi lega skit tekak. tapi duk batuk batuk lagi.

elok jer aku bangun nak pegi buka lampu, dah melambak2 kat atas katil..waaaaa.....minggu ni saje dah dua kali tukar cadar. aleesya, dah laa ibu sorang ni. kesian laa kat ibu.

tapi nak buat macam mana, anak dah tak sihat, itu pun kira nasib baik dia tak masuk wad ke ape....oh, pija bersyukur lah ye...

so kepada aleesya, walaupun ibu banyak bebel tapi ibu sayang tau aleesya....:)

Monday, April 4, 2011

peserta favo akademi fantasia 9

*gambar cilok dari google. anyway tq murai.com sbb dah terpampang nama MURAI kan...

tadaaa inilah dia. memperkenalkan nera. nama betul dia Queennera Francine Francis Kitingan.  gila panjang weh nama. rasanya orang2 sabah memang panjang2 kot nama dia hehehe...

aku suka dia ni sbb dia CANTIK hahahaha.. lps tu suara dia macam serak2 gitu. besh besh...semalam tgk kedudukan pelajar kt astro, dia yang paling teratas. hari ni tak tahu laa...

tak sabar nak tgk sape yang terkeluar minggu pertama nanti..gile kejam hahahah. bagi yang gedik2 tu elok laa keluar awal, rimas nak tgk hahahah...

oh lagi satu suka aida ngn erul kot...ntah laa tak bernapsu tgk peserta lelaki. tak cungg pung!

anak dara saya sudah besar!

 bila tengok Aleesya, terus rasa macam cepattttnyaaaa dia membesar. trs rasa diri macam dah tua wakakaka...

kalau dulu, kena berdukung jer. sekarang dia tak mo sgt dah dukung2 ni. nak berjalan sendiri je keje dia. pastu nak naik tangga umah setinggi 3 tingkat tu dengan daya usaha dia sendiri, eh larat ke nak? ibu yang tua ni pun rasa tak larat.

 lihat! cepat betul dia membesar. tetiba aku rasa rindu dia masa baby-baby dl. eh tapi skrg aku tak sabar nak tunggu dia bercakap.

kadang-kadang tu tengah2 syok gaduh ngn lawan mulut ngn incik fidi, aleesya menyampuk. ikut balik apa yang kitaorg cakap. ish risaunya tetiba je dia ikut perkataan yang tak elok kami tuturkan. kitaorang ni bukannya baik, kadang2 tu terlepas jugak cakap benda tak baik...

jadi kena kurangkan perkataan tak elok tu, kalau tak anak ikut balik. sanggup?

 walaupun dia semakin besar, tapi bagi aku dia tetap BABY aku. wink!

 masa ni ntah ape laa si Aleesya ni duk bebelkan. rasanya dia ikut balik kot apa yang incik fidi cakap.

 you are my little sunshine. hihihi

 seronok n hepi jerk.

 gaun ni dah singkat. itu tandanya dia dah makin tinggi. tak lama lagi sama tinggi ngn ibu. eh over mak dia tau. lambat lagi laaaaa.....

aku yang merenung masa depan. diri sudah dimamah usia uhuk uhuk uhuk.

Friday, April 1, 2011

Senyuman Si Cilik Contest

hoyeh, jom kita join contest lagi.
kali ini daripada seorang ibu yang ada anak berusia setahun sebulan heheh. kalau rasa nak join bleh laa terjah ke blog beliau bagi melihat syarat2 yang perlu dipenuhi.

tarikh akhir penyertaan adalah pada 14 April 2011 tepat pukul 4 petang.

oke ini gambar yang dipertaruhkan.....

nama si manja  : Faten Aleesya Mohd Afidi
Nama Ibu : Puan Fiza
Tarikh Lahir Si Manja : 14 Nov 2009
Umur Si Manja : 16 Bulan

oke baiklah
saya akan taq mereka ini:

semoga mereka yang saya sayang sentiasa selamat

kelmarin abah call dari kampung. terkejut aku dgr cerita abah. rumah aku dimasuki pencuri!

vudus punya pencuri. tak der umah orang lain ke korang nak masuk. rumah makkk jugak. dah pegi main jauh2 k. yang aku tambah risau sbb hanya mak ngn abah jer yang ada. anak-anak ada yg kawen ngn study lagi. jadi mereka tak der pilihan selain bertemankan kucing-kucing yang mok mok sahaja.

eh tetiba aku jadi sedih...

ok berbalik pada cerita pencuri tadi, nasib baik tak der ape2 yang sempat dorang angkut. dorang masuk ikut pintu dapur. dl2 masa aku duk asrama aku pun penah masuk ikut pintu dapur tu tanpa ada kunci. senang jer. mgkn pencuri tu pun masuk ikut cara aku. abah, lps ni beli selok hok ada mangga tu deh...

menurut kata abah aku, dia tersedar dalam pkl 4.30 pagi gitu. tetiba dia terperasan dapur umah CERAH. dia pun pelik laa. terus kejutkan mak aku. tengok2 pintu dah ternganga dgn luas. lps check tgk apa yang kurang, mujur tak der barang yang hilang.

abah aku plak nak cuba jadi seorang yang berani....pegi laa tgk umah sebelah. memang sah! umah sebelah pun dah terkopak pintu dapur. lebih menyedihkan bila ada kehilangan wang dan beberapa barang.

aku rasa ni mesti keje sampah masyarakat aka penagih dadah. kt kampung dorang ni bermaharaja skit. aku pun tak paham kenapa pihak berkuasa tak tangkap jer semua makhluk ni. buat semakkk jer.

apa yang aku risaukan keselamatan abah dan mak. dorang bukannya muda lagi. dorang dah tak kuat macam dl lagi. terus aku rasa macam.... jom laaa kita duk kampung jer....