kelmarin abah call dari kampung. terkejut aku dgr cerita abah. rumah aku dimasuki pencuri!
vudus punya pencuri. tak der umah orang lain ke korang nak masuk. rumah makkk jugak. dah pegi main jauh2 k. yang aku tambah risau sbb hanya mak ngn abah jer yang ada. anak-anak ada yg kawen ngn study lagi. jadi mereka tak der pilihan selain bertemankan kucing-kucing yang mok mok sahaja.
eh tetiba aku jadi sedih...
ok berbalik pada cerita pencuri tadi, nasib baik tak der ape2 yang sempat dorang angkut. dorang masuk ikut pintu dapur. dl2 masa aku duk asrama aku pun penah masuk ikut pintu dapur tu tanpa ada kunci. senang jer. mgkn pencuri tu pun masuk ikut cara aku. abah, lps ni beli selok hok ada mangga tu deh...
menurut kata abah aku, dia tersedar dalam pkl 4.30 pagi gitu. tetiba dia terperasan dapur umah CERAH. dia pun pelik laa. terus kejutkan mak aku. tengok2 pintu dah ternganga dgn luas. lps check tgk apa yang kurang, mujur tak der barang yang hilang.
abah aku plak nak cuba jadi seorang yang berani....pegi laa tgk umah sebelah. memang sah! umah sebelah pun dah terkopak pintu dapur. lebih menyedihkan bila ada kehilangan wang dan beberapa barang.
aku rasa ni mesti keje sampah masyarakat aka penagih dadah. kt kampung dorang ni bermaharaja skit. aku pun tak paham kenapa pihak berkuasa tak tangkap jer semua makhluk ni. buat semakkk jer.
apa yang aku risaukan keselamatan abah dan mak. dorang bukannya muda lagi. dorang dah tak kuat macam dl lagi. terus aku rasa macam.... jom laaa kita duk kampung jer....
Friday, April 1, 2011
semoga mereka yang saya sayang sentiasa selamat
Posted by purple_lav at 10:35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 love purple:
Post a Comment