pagi tadi aku ke shell
mau isi minyak kereta yang sudah kering
pandai yer bajet
dh dapat gaji baru ko kering
huhuhuh
sambil tunggu minyak penuh
aku masuk dl dalam kedainya
nk cucuk duit gaji yang berjuta-juta itu
dengan nak beli breakfast sekali
bila nak bayar tu
aku perasan
cashier itu seorang OKU
sebelah tangannya tidak berfungsi
maknanya dia hanya gunakan sebelah tangannya sahaja utk berurusan
masa dia tanyakan aku
'nak plastik tak?"
aku berkira-kira
kang aku tak mintak
mau bertarabur barang-barang aku ni sblm masuk kete lagi
nak mintak, bleh ke dia masukkan barang2 tu dalam plastik
aduii serba salah dibuatnye
tapi last2
aku mintak plastik jugak
masa dia nak isi tu
nak jer aku cakap
'biar saya yang buat'
tapi kang macam kuang ajaq plak kan
dah itu kerja dia
takut dia terasa hati plak
jadi aku diamkan diri jer
aku tengok dia masukkan satu-satu barang dalam plastik itu
dengan SANGAT CEKAP
rasanya kalah bagi org normal
aku sangka mesti lama dan tertumpah2 la barang2 aku tu
tapi tak
kejap dan cermat
tak sangka aku
kalau laa orang yang OKU bleh buat tu
masakan tak utk org normal kan
cuma kadang2 aku berasap juga dengan org normal yang bekerja sebagai cashier ni
tapi tak semuanya lah, hanya segelintir sahaja
mulut lagi laju dari tangan
ada jer nak cakap pok pek pok pek
tapi tangan yang bekerja tu
subhanallah
lembab
kepada mereka yang berkenaan silalah berubah
jagalah hati pelanggan
itu sahaja pesanan penaja di pagi hari ini
1 love purple:
kelebihan insan istimewa...adakalanya kecekapan lebih pantas dr kita.
Post a Comment