? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 15, 2010

HAPPY BIRTHDAY ALEESYA....saya bukan bayi lagi!

 14 nov lepas genap laa aleesya setahun
(sori tak sempat nak buat entry masa hari kejadian sbb bz)

klu setahun yang lepas
aku berhempas pulas menahan sakit sejak 13hb lagi
sampai 14hb baru tolak masuk labour room

*tetiba rasa nak review lagi pengalaman bersalin aku
jangan marah oke

7.00 pagi: aku disorong masuk labour room. masa ni masa tahap mamai yang sampai nak tertido2. bukan sebab katil hospital best sangat sampai tak cukup tido tp disebabkan ubat tahan sakit yang aku amik tu. masa ni mak aku iring masuk dalam. laki aku pegi mana ntah (baru aku tau dia balik umah jap)

7.30 pagi: aku dicucuk edpidural. masa ni doc suh peluk bantal kuat2. aku pun amik kesempatan laa. mata dah ngantuk kan, jadi kepala landing baik punya atas bantal. rasa macam nak tido sambil duduk jer. masa doc tgh operasi masuk ubat dan pasang wayar segala bagai, mata aku tetap terpejam, memang ngantuk sangat2.

8.30pagi: perut mula rasa tak sedap. memang semalam tu dah rasa tak sedap tp masih bleh tahan (tipu...klu tak mana amik ubat tahan sakit hehehe) ngiring ke kiri tak kena, ngiring ke kanan pun rasa tak kena. last sekali aku duduk.masa duduk ni lah mesin kat sebelah buat bising jer. jap jap teeet...jap jap teeet. last sekali misi datang bagitau, "fiza, awk kena baring sbb ubat tersekat bila awak tahan tangan macam tu."oooo baru aku tahu hehehe. sori misi. masa ni tgk laki dah macam ape. kesian dia sbb dalam bilik tu memang sejuk giler.. aku pelik jugak nape aku tak rasa sejuk pun. mungkin kesan ubat kot.

9.00 pagi: doc fazlina hanum yang baik lagi cantik masuk dalam bilik aku tu. dia pun seluk laaa. dia kata dah 5sm. pastu dia kata plak. mungkin aku akan beranak paling cepat pun pukul 3 petang. fuhhh...bila tgk jam. LAMAAAA NYAAA. 

11 pagi: aku rasa perut aku memang dah tahap gaban dah ni sakit. rasa macam berpeluh2 aku dalam bilik aircond tu. last sekali aku golek incik fidi kat sebelah. dah tertido pacik tu. pastu aku jerit panggil misi. cakap baby dah nak terkeluar. masa ni aku tipu. mana ada rasa baby nak terkeluar tapi aku dah tak tahan sangat sakit. sorang misi yang agak veteren datang seluk. dia cakap " OOO ptt la dah 10cm". lor memang betul laaa dah nak beranak ghupenya aku.

11.30 pagi: dorang dah sibuk2 sediakan peralatan sumer. aku duk resah jer atas katil tu. nampak dorang sediakan tempat baby, tempat nk beranak. katil tu bleh terpisah dua oke.dan bila masa ntah, tetiba jer katil aku tu ada lengan (tempat pijak bila dah kangkang tu). doc pun masuk (aku sayang doc ni baik sangat) dia amik satu stick panjang masuk dalam tu. katanya nak pecahkan air ketuban. eh doc, air ketuban saya dah pecah semalam lagi. memang sah2 laaa dah tak der air yang keluar. pastu dia cakap 'oke fiza bleh teran"..huhuuh memang rasa nebes giler. sambil tu ada sorang misi lagi duk bilang 1 sampai 10. maksudnya aku kena teran dalam tempoh tu. sorang lagi misi aku dgr duk bagi support kt aku. misi lagi sorang duk sebelah aku, pegang tangan dan bg support juga. incik fidi masih ada kt sebelah. aku rasa dia tak berani lagi nak jenguk kt tmpt tu hehehe

pastu doc suh teran lagi dengan pernafasan yang betul. aku pun tak tahu mana aku tahu cara nak amik napas dengan betul. automatik aku tahu saat tu juga. yang pasti jangan sedut cepat2 sbb nanti tekak mudah kering. sambil tu doc suh incik fidi bagi air kt aku guna straw. minum air tu buat basah tekak jer oke. jangan nak beria2 minum. yang pelik macam mana aku bleh nangis. tetiba jer air mata laju je keluar. ke memang masa beranak air mata kuar banyak jugak ???heheh

masa incik fidi duk sibuk lap air mata aku, doc suh aku teran. lepas tu cakap skit jer lagi, sikit jer lagi fiza. masa dia cakap skit jer lagi tu aku ingatkan baby dah keluar, rupenya blom lagi hehehehe. pastu tetiba doc cakap, oke incik tgk kepala baby dah nampak. 

incik fidi jenguk dan duk lama kt situ. pastu dia dah dtg sebelah aku. (baru aku tau, dia nak pengsan tengok darah dah keluar banyak lepas jer doc gunting hehehe)

tepat 12.00 tengahari: aleesya keluar! aku tengok dia, a;hmdlh cukup sifat. lepas tu aku perasan, nape tak nangis eh? misi duk kelam kelibut laa usaha suh baby nangis. lama jugak laa dalam 7 minit gitu. dalam nak menunggu dia nangis tu, aku sempat kerling kat incik fidi cakap bang, rambut anak kita sama ngn syg laaa..(padahal tak pung). lama dorang duk berhempas pulas tu, tetiba baby nangis walaupun sekejap. terus aku nampak dia dibawa ke pakar kanak-kanak. 

oke operasi menjahit pula. bonus utk aku sbb amik epidural kan..jadi kurang laa rasa sakit tu, cuma terasa benang duk lalu lalang jer. ops sebelum tu. ada bidan dtg tekan2 perut aku utk keluarkan uri...(keluarkan uri masa bila ntah sebenarnya aku tak igt) lepas tu dia betulkan rahim aku.

lepas jer siap sumer tu, tetiba plak aku nak muntah. doc kata aku alergik ngn ubat tahan sakit tu. muntah ijau jap. hbs terkena baju, tudung (kt azzahra dorang jaga aurat kita. keluar labour room sebaik2nya tutup kepala). pastu tak pasal2 menggigil2 kesejukan plak. adui apa ni? baru tterasa sejuk bilik tu rupernya.

oke itu jer lah kisah beranak aku hihihih
jom kita tengok sambutan besday aleesya yang part 1...
part 2 akan dibuat di kampung aku nnt masa raya.


sori gambar tunggang langgang ckit
malas laa nak ubah2

aleesya amik sendiri oke pisau kek ni
dah tak sabar2 nak potong kek. 
masa ni ayah dia dah tak perasan tangan anak baik punya ramas kek
tau2 dah hbs sekerat
pastu elok jer lap kat baju
hadoi nak membasuhnya nanti....
oke inilah besday girl
comel dia senyum gini hehehehe

oke ni abang sulung incik fidi
dia lah yang sponser kek
thanks abe long, odap kek tu

spoil nama aleesya silap eja
tapi tak pe yg penting kek tu sedap

tengok laa incik fidi
hbs penyek muka aleesya
nak suh anak tiup lilin le tu
tp dia yang tiupkan
yelah klu nak tunggu aleesya tiup, sampai tahun depan lilin tu tak mati2
hehehehe

anyway hepi besday aleesya
semoga menjadi anak yang solehah
dengar cakap ibu ye
jangan nakal2
belajar tinggi2 sampai unibesiti
nanti dah besar esok jgan lupa kirim duit tiap2 bulan oke 
hehehehe

2 love purple:

idah @mama izzya said...

hepi besday aleesya..
sama besday ngan fatihah la..

Rizziela said...

cute ajer muka aleesya waktu kena penyek dengan abah dia...cute