? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 30, 2010

cuti itu indah

yelah....klu ada sape2 yg ckp cuti itu puaka memang tak normal laa tu.hehehe.seronokny kt umah.main kejar2 ngn aleesya satu umah, makn same2,mandi same2 opss...

memang mandi same2 pun tadi...asal aku tutup pintu bilik air, dia dah tepuk2 pintu ngn mulut bising suh bukak. klu dilayan, sampai esok laa aku tak mandi.jalan penyelesaiananya angkut sekali aleesya masuk bilik air. mandi sekali hehehe bukan main seronok dia.

oh indahnya bila tgk anak tidor dihari yg spptnya hari bekerja hahahahaha..eh apesal sumer pink ni?TUKAR!!!!!!!

Wednesday, December 29, 2010

lepas Paul, Gudel plak

ades, macam-macam...baru jer terdengar berita kat sinar fm...

lepas dunia dikejutkan dengan ramalan benar belaka oleh Paul si sotong kurita masa Piala Dunia, hari ni timbul sotong kurita lain plak. yelah di Paul tu dah selamat kena tanam, mestilah ada pelopor.

kali ni Gudel (ape ke nama macam ni, tak glemer langsung ) hahahahah...kali ni ia meramal Piala AFF Suzuki plak. korang teka, si Gudel ni teka sapa yang menang? nak tahu?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.

eh, berani ekau pilih bendera tu? heheheheheh. kita tgk jer adakah ramalannya benar belaka jugak?

pengaruh lagu sangat kuat ke atas budak-budak kecil

pix google 

ye....tak caya try korang bukak sekali jer lagu upin ipin kt anak-anak atau adik atau anak sedara korang?sekali jer tak yah banyak-banyak kali. mesti lepas tu dorang terus ingat. pastu merengek-rengek nak suh korang bukak lagi dan lagi dan lagi dan lagi....

anak dara aku tu pun memang dah terjebak sekali. dulu-dulu bila lagu wondergirls, nobody tu main kat tv, aku tgk dia kemain suka. tengok sampai tak berkelip-kelip mata. jadi suatu hari aku telah google you tube kumpulan ni dan tunjuk kat dia.

sekali ko....terus nak tenngok  dan tengok dan tengok dan tengok.. ayooo...asal aku pegang je laptop terus, bu....ma ma....lps tu hayun2 tangan ke kiri ke kanan. bila tak bagi mengamuk.

terus aku rasa nyesal sangat. tu laa yang memandai-mandai p google pastu tunjuk kat dia nape pija oiii???

klu laa dulu aku bagi tengok dia you tube Barney's ke lagu Twinkle-twinkle little star ke, mesti dia dah pandai nyanyi lagu tu sekarang.

auww atuk ni....

baru jer terbaca paper utusan pagi-pagi ni. dekat front page dah terpampang gambar atuk ni dengan caption " Lelaki 110 tahun cari calon isteri".

terus dalam hati, wah ini cerita best. terus selak-selak paper ke muka surat enamboles seperti yang tertera. sanggup skip dl cerita-cerita best yang memapar muka norshahrul idlan talaha dan abang safee sali hehehe..

bila aku start baca tu....ooo atuk ni dah lima kali kawen dah. sumer bini dah meninggal kecuali yang kelima atuk ni bercerai hidup.

bila baca part luahan hati perasaan atuk ni, "Bagi saya biarlah dapat seorang isteri yang setaraf dengan saya. tapi kalau dapat yang muda, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan."

auuuwww atuk...buat saya malu n tersenyum simpul jer baca statement atuk ni hehehhe. sweet laa atuk ni.jadi kepada yang masih berminat boleh laa jumpa atuk ni hahahahaha

Tuesday, December 28, 2010

adegan terlampau

amaran ada gambar yang agak sensored selepas ni. klu agak2 tak leh tgk, tutup mata ek. hehehehe...

aleesya peel dia memang 'cantik'. klu kita dah suap dia makanan sampai dia kenyang, tapi bila tgk kita makan lagi, dia tetap nak menyibuk.

semalam tgh syok layan biskut panjang-panjang macam rokok, dia pun nak jugak. oke laa kongsi sekali
yang ayahnye plak memang dah terpaku bontot, tulang belakang kt sofa jadi terpaksa makan sambil baring.

aleesya ni bleh jer nganga mulut nak makan biskut yang ada kat mulut ayah dia.

ala....tak pe...kira halal laa ye.. sharing is caring hehehe

budak tersepit kaki kat eskalator

kejadian berlaku kat melaka. masa baca berita tu, aku tak terkejut. sbb rasanya dah banyak kali aku terdengar kes-kes macam ni. mengukuhkan lagi anggapanku, bila dalam paper tu bgtau, budak perempuan tu pakai kasut jenama terkenal. terus aku terbayang jenama ***** ni.

naper eh kasut jenama tu mudah terlekat kt eskalator?? dulu-dulu aku ingatkan jenama **** yang tiruan jer yang ada masalah. yelah try korang pegi pasar malam. sepasang dapat RM10 jer. nak kaler ape? sumer ada. lagi plak tu mesti ada aksesori comel yang dorang letak kt kasut tu.

baru-baru ni aku pun teringin jugak nak beli kasut jenama tu kat aleesya. sebab aku terjumpa kaler purple. comel jer.tapi bila aku terbayangkan eksiden2 macam tu, terus rasa ngeri. tak terbayang dek akalku kaki aleesya termasuk dalam eskalator. nauzubillah....

aku rasa better laa beli kasut yang bunyi nyet nyet tu. memang lah cantik kasut jenama tu tapi aku tak mo menanggung risiko noks...

mimik muka terbaru dari aleesya bila bergambar

betullah kata orang, perkembangan anak merupakan momen terindah. ada jer perangai baru dia yang mencuit hati aku ngn incik fidi. macam semalam.....sajer jer aku nak ambil dia tetiba dia buat muka yang comel.

oke aku ingatkan sekali itu jer. tapi bila halakan kamera kat dia, dia buat lagi muka tu. aku test lagi...lor muka tu lagi ke aleesya.....

korang nak tengok???

tengok! gedik kan...hahahaha..ni aku terpaksa pimpin tangan dia keluar dari dapur.sebabnye dia suka sangat sepahkan periuk belanga. selagi tak tarik keluar, selagi tu laa dia duk kelentang kelentung sorang2 kat dapur.

ha, ni lagi muka ngn mulut ternganga dari aleesya...

ni memang dia tengah buat. tapi kamera dekat sangat la plak. tu pasal nampak gitu jer. eh ...panjang jugak bulu mata aleesya ni hehehehe ops terpuji anak plak.

ha ni lagi...hahahahahha....memang aku tergelak sakan bila amik gambar dia semalam. adui dari mana laa dia belajar sumer ni. bila tunjuk kt incik fidi, tak pasal2 dia suh anak dia wat muka tu 24jam.hehehehe...

Monday, December 27, 2010

aleesya...jangan sepahkan cd!!!!

 sedih aku tgk umah skrg. sebelum ni selama 2 thn bekas cd port elok jer kt rak tv. tapi sejak-sejak budak kecik yang comel itu (hahahaha) dah pandai nak selongkar segala mak nenek kt umah, terus bekas CD tu ternoda.

sekarang aku dah tak tahu mana satu citer CD-Cd tu sumer. cover ntah ke mana, cd ntah ke mana. jenuh laa aku nak susun balik ikut cover citer yg betul.

tengok kemain seronok duk kiss cd. apa ntah yang best main cd nih aku pun tak tahu.

lepas tu menjaja cd habis satu umah. no wonder laa aku sll terjumpa cd merata-rata. ada kat dalam bilik aku 2 3 keping, ada bilik solat 2 3 keping, bilik satu lagi selonggok.

sayalah penyepah cd. wink!

Anugerah Skrin 2010

 *SUMER PIX ADALAH DIAMBIL DARI GOOGLE.bleh ek?

hari sabtu lepas ,Anugerah Skrin 2010 telah berlangsung. nasib baik incik fidi tak der. jadi bleh laa melayan tv dengan tenang hehehe.(ingatkan dia tak layan program macam ni, rupernya dia tgk jugak huhuh)

AMARAN: sumer yang aku tulis ni berdasarkan apa yang aku rasa jer. jangan laa ada yang terasa hati yo. peace!

tak kira nak buat coret-coret macam dalam paper jugak hehe.
CORET-CORET SEPANJANG ANUGERAH SKRIN 2010
1) gandingan pengacara macam tak kena jer. yang laki sedaya upaya buat lawak. yang wanita plak selalu matikan idea si lelaki hehehehe. tp dorang comel.
2) dorang pakai gam ape lekatkan kad nama pemenang? sorang2 masa nak bukak kad, ngadu..."adui payahnya", "ee kuatnye gam"...yang lagi dasat masa abang body aka fahrin ahmad, sampai terkoyak dua kad tu hahahahaha. len kali aku rasa better letak salotep rege 20sen tu jer kot. senang nak bukak. ni tak hbs peluh jantan betina keluar.
3) lawak pak ajis satar paling tip top. hahahahahha. pak ajis pun terkena part gam kad tu. siap cakap. kena welding hahahaha lawak laa pak ajis. dan tak leh blah bila pak ajis "kekenyangan pada malam itu".
4) memang cantik bergaun di kala majlis super duper glamor ni. tapi agak2 laa oke. tutup laa skit. kesian aku tgk pak ajis nak menadah mata.

orang ke crew aku tak tau yang naik pentas amik award. memang menanah mata tgk dia ni hehehehehe

5) comel laa weh pasangan anak beranak adamia..geram rasa nak gigit2 jer mia tu. aduhai.
6) paling suka masa persembahan tiga pemain alat muzik (sori klu ayat tak betul hehehe) ala yang ada datuk ahmad nawab, Genervie Kam dan Hilary Ang. paling menyentuh jiwa ofkos laaa lagu Nur kasih...hhohoho sedih.
7) wey NURKASIH menang utk Drama Rantaian Terbaik. aku tepuk tangan tak henggat sambil diikuti Aleesya tepuk amai-amai.
8) kesian saheizey Sam...demam-demam pun terpaksa hadir jugak. tak pe atleast dia menang utk award spesel Yasmin Ahmad tu.
9) aku plak yang nebes masa Diana Danielle nak bagi award kt shamsul. kan diaorang ex-ex?

yang penting memang best...tak sabar nak tunggu Juala Lagu 9 Januari ni. adakah Faizal, Cheryl Samad dan Ally Iskandar dapat lakukan lawak paling best macam yang tahun lepas punya? kita tunggu sama-sama oke

oh pujaan hati ku

tahniah kepada pasukan Malaysia bila berjaya tumpaskan pasukan Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF.

aku sebelum kawen memang haram laa nak tgk bola. ops tapi masa kawan2 ngn incik fidi dah start tgk bola. tgk incik fidi main bola kat tempat kerja dia lah. klu nk suh tgk perlawanan kt tv memang kimmm salammmm..

tapi semenjak dah kawen ni (eh ada kaitan ke) tetiba jer minat. pantang ada perlawanan kt tv mesti tumpang sekaki. cuma kadang2 tu mood malas nak tgk ada jugak.boringgggg....

tapi incik fidi tok sah cerita laa. asal ada game kt bukit jalil ni, dia laju jer. igt lagi masa kelantan lawan N9 tahun lepas, masa tu aku tgh sarat oke. dia bleh jer pegi hehehehe..tp tgk kejap jer...buat hilang kempunan. blum hbs game dia dah sampai umah. ooo tau risau kt isteri?

semalam pun dia tak tinggal. pergi...dan paling best Malaysia MENANG!

laki kat stadium, aku kat umah main mata. ops!!!

main mata ngn safee Sali. hehehehe tetiba jer admire kat mamat ni..hohohoh.. dan tetiba jer aku rasa dia ensem hahahaha...eh bukan sorang tau aku main mata....mamat sorang ni dah lama aku main mata. sape dia?

norshahrul idlan talaha!!! atau aku lebih mesra panggil dia abe le...hahahaah...tapi aku tak curang tau...sbb laki ni lah aku paling setia...eh sape plak? tadaaaaaaaa

incik fidi!!!! hahahahahah....tapi siyes klu tgk bola mesti aku bising2. mana abg safee, mano abe le? hahahaha sampaikan incik fidi bagi jeling maut tapi manja kat aku hahahahahaha...

ala, tak salahkan cuci mata...huhuhu

teringin bercuti bersama keluarga

semalam ada lah berborak ngn incik fidi pasal bercuti. memang dah lama sangat tak keluar jenjalan. ala...klu takat shopping complex tu aku dah malas. huhuhuh. ni nak pergi ke satu tempat dan bermalam...oh syioknye...

lagi2 skrg aleesya pun dah besar kan....meesti dia seronok..mak dia lagii laa seronok heheh

ada dua tempat aku nak pergi. melaka dan bukit tinggi.

macam melaka tu aku teringin nak pegi yg ada show ngn pekan koboi tu. ape ntah nama tempat tu. mesti best kan dapat bawak aleesya tgk benda2 macam tu. masa ni laa sesuai utk bagi didikan tak formal kepada anak hahahahah

klu kt bukit tinggi tu dah lama tau aku ajak incik fidi. tolong laaa tunaikan impian ni. bestnye klu dapat bermalam kat sana. (oh aku tak dapat nak tulis ape2 lagi ni, duk terbayang tempat ni jerk)

tapi kan semalam, incik fidi dah bagi hint. macam nak pergi becuti jer...bang, bila tu???????

Friday, December 24, 2010

aku sudah nyanyuk!!!

semalam gigih pergi malam. sbb dalam hati memang teringin sangat nak makan jagung bakar. oke set. jom pegi beli jagung bakar...

dah sampai gerai yang jual jagung, lalu saya cakap laa kat budak yang menjual jagung itu.."Jagung bakar dua".
dan adik tu cakap, " 3.20 kak. ada dua posen tak?"

masa tu aku kuarkan duit RM5...lepas tu baru aku jawab, ada...ada...jap ye. jadi korek2 laa purse cari duit dua posen.

yess dapat pun dua posen. jadi aku hulurkan dia RM5.20. kemudian baru adik tu bagi balance RM2. dan aku pun berlalu pergi sbb dah aim nak beli buah anggur hitam tanpa biji kt gerai depan.

masuk2 kete terdgr plak lagu 'Kalau rindu ku sebut namamu" apa lagi karaoke laa dalam kete puas2. heheheh..bila dah sampai umah dan amik aleesya, duk terbayang2 dah jagung bakar. cari atas meje jepun...aik tak der...takkan tertinggal dalam kete kot. terus mesej incik fidi, klu nak naik nnt tolong mesej dl sbb nak suh amik jagung bakar dalam kete.

bila incik fidi sampai dan tengok2 dalam kete, dia kata tak der. aik pegi mana plak jagung tu...bila diingat balik, baru aku perasan, lepas jer aku amik balance tu, terus aku berlalu pegi.....


waaaaa nak jagung bakar....nak balik duit RM3.20 waaaaaaa (pix google)

geli geleman tekak aku...

sebenarnya geli atau jeles? hehehehe. alkisahnya, kan hari ni besday incik fidi. jadi aku ni kan kepochi. g laa bukak wall fesbuk dia (tapi masih guna akaun aku, maknanya aku tak ceroboh fb dia oke) hehehehe

seronok baca orang wish besday kt dia hari ni. selamat laa selamat laa selamat laaa...sumer selamat2 laaah..heheheh

tup tup terbaca "Selamat hari lahir abang fidi" .........dan orang yang menghantarnya adalah budak pompuan...

maka sedikit perasaan jeles sudah mari maaa..tak pe....budak tu tak comel pun hahahahahahaha

selamat hari lahir abang..

hari ni genaplah umo incik fidi 28 thn. macam tak aci jer kan....umo aku 28 thn dah lama lepas...dia nyer baru jer tiba...hehe tak pe yang pasti macik lagi muda dari dia pada pandangan mata kasar hehehehe

kepada incik abang.....selamat hari jadi. semoga dimurahkan rezeki kita selalu. semoga kita dilimpahi dengan kasih sayang...eh dah macam ucapan utk aku ngn dia jer. oke tukar.....semoga abang terus berjaya dalam hidup.

abang nak hadiah ke? sorry. tak dapat den nak nolong hahahahahaha..kejam.. oke nnt kita kuar laa ujung minggu ni. macik belanja makan oke.cakap jer nak makan ape.

Thursday, December 23, 2010

yea keputusan PMR keluar hari ni

aku pulak yang terlebih excited. maklumlah adik bongsu kesayangan bucuk bucuk tu nak kena amik result PMR hari ni. kita tengok dia dapat berapa A. klu sikit dapat penyekeh, klu banyak dapat kasih sayang hehehehe

pagi2 lagi aku gigih call dia. masa tu dia tgh bersiap2 nk gerak ke sekolah. maklumlah anak bongsu, kena lah pegi ngn mak abah. hehehe. tak der lah sekolah dia jauh. mak aku pun tak berani lagi nak lepas dia naik bas sorang-sorang. seperti biasa, dah anak bongsu kannnnn....

bila aku tny dia, takut tak?? dia bleh jawab...biasa jer. ye lah budak laki kan. try aku dulu...biasa jugak hahahahaha. aku igt lagi masa PMR memang aku tak study langsung.  masuk dewan peperiksaan dengan bawak ilmu yang cikgu ngajar jer. bila dah kuar result, padanlah muka dapat tuuu jer.huhu tapi bila result SPM ngn STPM, aku cukup takut sbb masa tu aku dah study punya gaban hehehehe

dik, lepas ni klu dah dapat jer result tu, tepon kakja tau....adios

Wednesday, December 22, 2010

lalai itu menyakitkan

tengah hari tadi gigih pergi alamanda sbb nak kena pinjam buku. memanndangkan keluar tengah hari haruslah makan kan. oke ke A&W ye puan-puan. lama dah tak makan curly fries. dan juga sudah terasa kesedapan rutbeer float (tak tahu nak eja)....risau jugak sbb pagi tadi tak makan ape2 lagi tetiba nak belasah air bergas.

sambil beratur menunggu turn tu, dalam kepala duk terpikir nak oder yg mana. nak amik alacarte atau yg secara berjemaah tu. oke la amik ala carte.

depan kaunter

org A&W :makan sini atau take away?

aku: Makan sini
orang A&W : oke kak, nak order ape?
aku: erm...amik yang ala carte ye....satu float, nugget dgn curly fries
orang A&W : float nak yg sedang ke yang besar?
aku: sedang
orang A&W: itu jer kak?
aku: ye
orang A&W : oke saya ulang ye...satu float sedang, nugget dan curly fries. total RM15.++ (tak igt jumlah sebenar)

tetiba jer aku jadi gelabah. bila bukak jer purse, duit yang ada cuma RM13.00. baru teringat, segala-gala duit ringgit dan duit syiling aku bubuh dalam beg telefon. dan beg telefon itu tertinggal kat opis!!!! waaaaa....alamak mana nak cekau lagi RM2 ni....

aku: adik, nak cancel nugget bleh tak?
sambil2 tu mulut duk cakap oh my god! wahhh kelas uols....sib baik tak cakap OH MYLANTA hahahahaha

hadoi laa macam mana lah bleh lupa nak amik sekali beg tu. dengan lesen ngn ic sekali duk dalam tu. bleh rilex jer bawak kete ke alamanda,.sib baik dekat dan sib baik tak jumpa ngn abang misai.

lain kali dah tak mau letak suka suki duit. yg sepuluh hinggit tu pun nasib baik semalam aleesya duk main purse terkeluar sepuluh higgit tu..klu tak mau kena cancel sumer dan berlalu keluar A&W dengan sumpah seranah budak yang jaga kaunter tu.

ampunkan akak ye adik...tak sengaja. oh my god!

email zaman tok kaduk

pagi tadi bukak email sbb nak amik surat dari ......(rahsia tak leh bagitau hehehe). tetiba nak klik kt 'last'. jeng jeng jeng..tetiba ternampak deretan nama-nama yang dl tengah kemaruk hantar email.

masa era 2001-2003 gitu....email memang glemer tak hinggat laa. jap jap email. jap jap email. masa tu plak aku kat UUM. cyber cafe (cc) baru jer ada kat kolej muamalat masa tu. pernah kami satu bilik( 4 orang) turun pegi cc pastu hantar email kt member bilik ni sorang satu. tak der ape pun nak tulis, cuma cakap sayang awk la rindu awak laaa...hahahahaha kelakar giler bila baca balik.

pastu masa tu plak era greeting card. amik kat yahoo. pastu cari kad yang cantik dan send kat sobat baik. aduiiii..kenangan sungguh laaa.skrg dah tak der greeting card tu. aku nak bukak yang kitaorg hantar dl pun tak leh nak bukak dah.

pastu bila era bercouple ni lagiiii dasat. macam2 ayat jiwang ada dalam email aku nih hahahahaahhahaha. tetiba rasa geli plak. naper laaa aku guna ayat macam tu duluuuuu...waaaaa...hahahahah.klu incik fidi bacalah email aku ni, mau kuar air mata darah dua tiga tempayan. huhuhuhuh

tapi bila aku baca balik memang aku tak leh tahan nak gelak. macam2 laaa...

pastu bila praktikal , lain plak citer nyer. masa tu era chatting. lepas chatting, tanya email. konon2nya nak hantar gambar laa nak hantar sajak laaa...tapi aku memang haram nk hntr gambar kt orang tak kenal. tak mo ah...sekali kena mandrem sape yg susah.....

bila dah keje ni plak....email berantai...tajuk tak leh blah langsung. "air kolah masjid', 'bapa misali anak kembar','budak magnet'...aku pun tak tahu nak hentikan camne email berantai ni. sebab ia dah semakkan inbox aku sampai cecah 50,000 email kat inbox. penat weh nak delete tiap2 hari ......

Tuesday, December 21, 2010

doa ibu sentiasa yang terbaik untuk anaknya

setiap ibu mesti doakan anaknya yang baik-baik. mana ada mak nye yang doakan anak dia tak berjaya, tak pandai...ish nauzubillah.

aku juga sentiasa mendoakan seluruh keluarga aku diampunkan dosa-dosa, dimurahkan rezeki....apatah lagi dah ada anak ni. insyaAllah lepas jer solat banyak yang aku pohon dari-Nya untuk kebaikan anak aku dan keluarga aku....

gambar selingan....hahahahah rosaklah mata anak aku nih. bapaknye punya kerja lah ni

tadaa....sejuk hati aku bila tengok aleesya pakai tudung. lagi-lagi bila aku pakaikan dia, terus jalan terkedek-kedek dan tak tanggalkan tudung tu. mungkin dia rasa cantik kot.

insyaAllah nnt klu ibu ternampak tudung kecik utk baby ibu belikan ye. nampak macam aleesya suka jer pakaikan tudung.

tetiba nak puji anak sendiri...comelllllnye anak ibu hehehehehe

rumah terbakar panggil bomba....

 dulu -dulu masa kecik-kecik, geng main petang (yelah dl kan mak mana bagi keluar main tengah hari buta, nak main kena tunggu petang) selalu nyanyi lagu budak-budak kan.

sorry aku tak berapa fasih sangat nak nyanyi. sbb aku rasa otak lembab sangat nak hafal lirik time tu. lagu polis sentri pun aku tak hafal. yang aku tau aku lari jerk. hehehehe. klu korang igt, cer cerita cer cerita (kesan tengok hantu kak limah) kat aku. mana tau tetiba aku teringat bila dah tua bangka nih

satu-satunya lagu yang aku igt, lagu bomba. meh nak nyanyi kejap...

rumah terbakar panggil bomba,
bomba datang berlumba-lumba,
................
................
terus mati kutu....dam. tak ingat jugak. klu korang ingat tolong sambungkan yer.


masa ni aku rasa nak nyanyi lagu bomba ni. tapi sayangnya aku tak igt. hehehehe. masa ni adalah masa latihan kebakaran kat opis aku. semua kena berkumpul kat kilang.

penat skit lah masa ni. masakan tidak, opis aku paling jauh. nak kena menapak sampai ke kilang ni memang berpeluh jugak laa ketiak. nasib baik bukan terbakar betul-betul, jadi kami berlenggang kangkung jer lah heheheh
baru tahu berapa ramai orang yang kerja kat sini hehehe. mana ada masa berkumpul ramai2 macam ni dalam waktu yang sama. klu nak kumpul jugak pun masa hari sukan. itu pun ada jugak yang tak datang.

bila dah berkumpul ni bukannya nak dgr orang bagi ceramah kesedaran itu hape. nak bersembang lagi laaa. syok ooo dapat kumpul, buat bulatan pastu sembang sampai tak dengar suara sendiri hehehehe..

ala tak pe....ceramah dan pesanan abang2 bomba aku masih igt lagi. masa jaman2 sekolah kan sll ada latihan kebakaran. masa tu lah dengar macam mana nak guna pemadam api, macam mana nak tangani panik, laluan mana patut jalan bla bla bla....

tetiba rindu zaman sekolah klu time latihan kebakaran. bleh jalan berlenggang jugak waktu tu hihihihiih

penat ayah dia melayan anak dara sorang ni

hari senin semalam aku cuti. hoyeh sesangat. yelah dah lama aku dengki ngn hari isnin. bila dah dapat cuti tu memang terperuk kt umah jer lah. melayan anak katanya hehehehe. kebetulan pula incik fidi pun cuti sampai isnin jugak.katanya nak habiskan cuti tahunan. best nye lah klu dah cuti tahunan dapat puluh puluh hari nih.

kami laki bini ni suka bereksperimen ngn anak. anak pun layankan ajer.

 ni tengah2 garu kepala tengah tunggu ayah dia siapkan satu eksperimen.

 tadaa...tu dia tgh menyesuaikan diri hahahahaha. mana tak nye ayah dia ikat spek mata guna getah sayur. sakit laa bila melekat kt rambut. dah la rambut cinonet.

oke meh ayah betul kan sikit. bagi selesa.

yeah!!! aleesya dah bleh bergaya sakan. jadi ayah kita nak pegi mana ni? klu pegi pantai pun sesuai jugak ni. hadoi mana ada pantai dekat2 ni. yang ada pun Pantai Dalam. buat ape....
sesi melaga-lagakan hidung kemek. hehehehe

oke oke dia dah start tak selesa tu. kang jap lagi dia bukak laa spek tu.

tapi sebelum tu...persembahkan aleesya bermata hitam sebesar periuk ibu kat dapur hehehehehe

tahniah kepada kakak kesayanganku!

wah, sekarang musim mengawan kt opis kembali mengganas nampaknye. semakin hari semakin bertambah orang yang preggy. eee seronoknya.teringat plak zaman2 aku preggy dl, sampai berderet-deret orang membuncit. indah nya pemandangan masa tu bila asik-asik bertembung ngn orang yang preggy. sampaikan masa nak solat asar (masa tu bulan puasa) yang ada hanya wanita2 berperut buncit hahahahaha..

sekarang ni dah kembali zaman kegemilangan orang mengandung. mula-mula aku tau akak dari finance. tahniah kak warda. lepas tu (baru jer dua tiga hari lepas), dapat tau mastura yang baru jer kawen...bunting pelamin. hoyehhh...lepas tu kakak kesayangan aku (eceh) kak tora dah preggy jugak. dia tunggu 3 tahun....dan alhamdulillah akhirnya dia preggy...

seronok rasa sampaikan aku rasa aku turut preggy jugak. terus terbayang-bayang pengalaman meloya, membawa perut dan gatal2 kat perut. hehehehe. alangkah bahagia time tu. lagi2 anak pertama. ramai orang caring pasal kita.

tak lupa jugak pada rakan bloggers ni....member baik (tetiba nak declare BFF jugak hahahaha) CIk Ah...mak kepada adib..jugak tengah preggy. aku harap ko ngandungkan baby girl sbb tanda2 tu macam baby girl jerk...heheheheh

dan tetiba jugak aku rasa nak mengandung lagik. huhuhuhu indahnya jadi wanita mengandung.....

Friday, December 17, 2010

aku dan aleesya suka iklan ni wink!


mesti korang pernah tengok kan iklan ni...klu yang tak tgk lagi tu memang rugi laa. sbb iklan ni comel sesangat. memang laa sah2 dorang main alih bahasa jer sbb nampak ketara mulut gerak tak sama dengan bunyi yang keluar. tapi macik tak kisah sbb budak2 ni cute sangat.
paling tak leh blah ayat budak-budak kecik ni.

"Biar betul"
"dah laa...benda ni berat tau" sambil sepak kolam plastik tu..huhuh syomel sungguh
"jauhhhhhnya" menunjukkan ketereran betapa jauhnya ludah air. ololololo

kalau aleesya tengok iklan ni mesti dia dah tersengih-sengih. macam paham jer kan budak kecik ni. tapi yang aku perasan, asal ada jer iklan yang ada budak-budak mesti dia suka tengok. hehehehe

Thursday, December 16, 2010

ayat-ayat yang tidak patut/sesuai diucapkan

pertama sekali, aku bukan nak buat tentang tatabahasa Bahasa Melayu. hehehe.jadi tajuk di atas memang langsung tak der kena mengena dengan silibus pelajaran sekolah rendah.

semalam kan ada bola. jadi sementara rancangan bola tu berlangsung, aku bagi peluang kepada incik fidi melayan bola. hish..boleh gugur jantung macik  tau. menjerit tiba-tiba jerk pacik tu. sementara dia melayan tu aku uruskan lah hal-hal rumah tangga mcm kemas umah, basuh botol susu, basuh baju, tarik-tarik cadar bagi tegang (aku suka tido atas cadar tegang, rasa mcm bersih jer) sapu2 lantai skit eh banyak plak kan kerja aku. tu tak termasuk lagi bab-bab kain...lipat kain, susun kain..

sbbnye aku dah aim nak tgk citer Shrek 2 kt TV2. citer tu start pkl 10. jadi sempat la bola habis. dah pukul 10 tu, try la tekan tv2..sekali kuar budak laki kecik main piano. eh mana Shrek ni? kata nak jumpa pkl 10. argh, ni yg tak suka...

pastu tekan2 tv lain.tertarik citer omputih kt TV8.Snakes on a plane.ok layann..eee thriller giler laa citer ni. terjerit2 aku tgk. bukan ape tetiba plak aku terasa ular tu dtg serang muka aku. oh,perempuan! memang gitulah hahaha. memang kejam ular-ular itu semua.

masa ni lah incik fidi kuarkan ayat yang tak sepatutnya. masa tu tgh scene perempuan yang ada anak kecil tengah menangis sbb kapal terbang memang dah nak terjunam dah. budak tu nangis jer. aku pun cakap laaa." laa, naper laa tak bawak susu. budak tu lapar la."

incik fidi ckp," hek eleh....dia plak yang lebih-lebih...ni citer jer lah".sambil tu duk gelakkan aku.

siyes aku memang tak leh tgk scene yang ada budak-budak menangis... menderita. mulalah aku yang terover drama kat luar ni.

bila dah pukul 12 tgh malam (giler lambat citer ni hbs) aku berjaya tgk citer tu sampai habis. masa ni la incik fidi cakap lagi..." eh macam tak caya jer sayang bleh tgk sampai habis. biasa baru tengah-tengah cerita dah tido."

hahh????tak pernah ke aku tgk citer sampai habis? ye ke? aku rasa macam ada jer aku tgk sampai kuar nama-nama pelakon tu.tu sajer jah lah nak perli aku incik fidi. mana tak.. citer best, haruslah tgk sampai habis. sampai aleesya tuang habis satu botol minyak johnson pun aku tak sedar hihihihihi

*selingan...ini pun ayat tak patut jugak. budak yang aku tak berapo gemor kt opis ni tetiba datang kt tempat aku. katanya nak pinjam stapler. amik jer. ada kt tepi tu..tetiba akak kat depan ni (lingkungan umo 60 tahun) tanya dia makan kat mana tadi...

sekali korang nak tau dia sebut apa....

"apa dia SAYANG?"

hahahahahaha...agak2 laaa klu nak bermesra ngn orang..

sambungan...BATU PAHAT dalam ingatan

oke kita sambung kisah semalam ye kawan-kawan...

berpraktikallah aku kat KUiTHHO tu )thanks ye kepada manges sbb bagi tau nama KUiTTHO dah tukar..sebenarnya dah tahu pun tapi sajer jer nak letak jugak KUiTTHO, baru feel nak bercerita kisah dolu-dolu ni hehehehe..seronok tau bila festime dapat tgk negeri orang. lagi2 kat batu Pahat ni ramaiiiii orang jawa. sedikit sebanyak aku dapat tahu jugak hal orang jawa.

walaupun aku duduk bujang ngn member ni tetapi tuan umah ni rajin mengajak aku ngn niza join komuniti setempat.eceh...senang cerita jom kita bergaul mesra dengan orang setaman.

kat sana tiap kali hari jumaat akan ada YASSINAN iaitu membaca yasin secara beramai-ramai. rumah plak setiap minggu berubah. klu minggu ni umah macik esah, minggu depan plak umah kak nab. begitulah sampai laaa habis rumah satu taman tu kot hehehe.

part paling best adalah makan-makan. hehehehe.pertama kali seumur hidup aku makan dalam talam. ye..kat sana nasi ambeng adalah juadah utama yang dihidangkan di dalam talam. satu talam 5 -6 orang jugak laa makan. masih terbayang2 kesedapan nasi ambeng Sri Gading...aku sukaaa tau. klu kat bangi ni aku dah cari, sumer rasa tak sama ngn yang Sri Gading. rindu nak makan nasi ambeng.

lepas tu masa kat Batu Pahat jugak laa aku berjinak-jinak makan tempe. mana tau dapat kulit mulus tulus macam pakai botox jugak hahahahaha

masa praktikal aku tak banyak jalan. satu tak der kenderaan. dua tak de duit.jadi klu ada duit kitaorang pergi laa mencuci mata dekat Summit. tapi kat sana dah rasa macam bukan duk Malaysia. ramai sangat foreigner. nyampas mak. dah laa dorang busuk!

hbs jer praktikal...aku tak terus balik kelate. cakap kat mak abah, nak stay lagi...cari kerja. masa cari kerja ni punyalah hazab oke. bukan senang nak cari kerja. lagi2 kalau ko usung degree. last choice, buang resume degree, letak resume STPM jerk. last-last dapat le jugak keje kerani kat kilang kain. oke lah.

pertama kali kerja dengan company cina, lain skit budaya mereka. rajin memang kena rajin. nak kipas pun rasanya dorang ni tak pandang sangat kot. tapi aku tak suka part nak semayang. dorang tak sediakan tempat solat pun.sedih....sepanjang kat sana aku solat bawah tangga jer oke. tapi tak pe...

kan aku tak der kenderaan, jadi bila nak pegi keje aku tumpang van budak2 kilang. ntah nape aku rasa mamat yang bawak van tu berkenan kt aku gamaknya hahahahahaha.ape2 hal aku mesti dapat duk depan.sebenarnya banyak kisah masa aku keje ni tapi aku malas nak citer.tak kuasa nyah

dl-dl ada angan2 nak kawen ngn orang johor. tapi nampaknya tak kesampaian laaa hahahahaha

Wednesday, December 15, 2010

Batu Pahat dalam ingatan

eceh tetiba nak mengimbau kenangan lalu la plak rasanya. mesti korang pelik la apesal plak Batu Pahat. ada kena mengena dengan diri aku ke?

ish ish ada... ada....

masa dah nak akhir2 tahun aku kt UUM, ramai dah student start pikir nak buat praktikal kat mana? masa tu aku selamba kodok jer lagi. tak gelabah langsung hahaha. pastu bila dah ada member mula cerita ceritu pasal praktikal, aku cuak jugak.

kat mana aku nak praktikal eh? kt kelate? huh tok se laa. dekat sangat ngn umah.  uihh kekwat tau. pastu kt KL?erm, bleh idup ke aku kat sana sorang2? oh tidak! last sekali aku tnaya niza aka roomate aku masa tu."niza, nnt nak praktikal kat ne? nak ikut!" eh tetiba kau kan. pesal plak nak ikut orang sesuka hati. dah la korang tu lain-lain course. dia amik course HR, aku lak Komunikasi.

tapi niza baik. dia cakap oke jer..hik hik hik aku suka

tup tup dia kata nak praktikal kt Johor. aku pun pelik sbb dia tinggal kt Negeri Sembilan. jauh jugak kan. ruper2nya dia dah janji ngn coursemate dia nak praktikal tempat sama nanti. oke set! aku tak kisah asal aku dapat jalan2. eh silap dapat praktikal.

bila dah isi borang tu dan hasil perbincangan yang mantop, kami isi ruang kosong dengan 'Batu Pahat'. erm tak sabarnya nak pegi sana...rupernya langit memang tak selalu cerah. kadang-kadang ada mendung...silap2 hari bulan hujan lebat mencurah-curah...coursemate niza tu tetiba dah macam tak nak kawan...huhuhuh

gedebak gedebuk tibalah kami kat Batu Pahat dengan tak tau arah tuju.nasib baik niza ni panjang akai skit. dia dtg survey dl dan amik no tepon kakak2 kat opis bakal tempat praktikal.alhmdlh dapat jugak umah untuk kami tumpang teduh nanti.

aku suka rumah tu sbbnye rumah yang aku dduk tu adalah hasil tambahan daripada umah asal. yang ada cuma bilik seketul dengan jamban seketul. tak der tmpt makan hatta dapur sekali pun. risau jugak kan takut kelaparan nnt. tp lepas deal ngn tuan umah dorang kata nak bagi makan sekali. mcm spesel kes skit laaa huhuhuh

ops sblm datang aku ada check ngn fakulti, siapa lagi yang kena Batu Pahat. sekali ada sorang lagi. memang cantek laaa bleh saing2. memang tepat sbb dia pun kena tempat yang sama. Kolej Universiti  Tun Hussin Onn (KUiTTHO). kebetulan plak dia ada kete, menumpang jer lah kije aku. tp aku bayar laa jugak kat dia. buat duit minyak.

jadi bermulalah kehidupan aku kat batu pahat.

p/s: nnt aku sambung laa citer ni. penat nak tulis. lagi pun buat style baru nih. tulis panjang2.wink!

saya suka sbb dapat bunga purple!

cak
heheheh


cantik tak bunga saya?
bunga ni saya dapat masa pergi asgmnt hari tu
ala yang ada clown tu

memang dah lama aku aim jer clown tu
nak pegi mintak malu
sbb budak2 tgh beratur panjang jer
sekali nasib baik dapat photographer yg sporting tolong temankan
ngeh ngeh ngeh

last sekali dapat bunga tantek kaler pepel
tq clown
i like ur nose
hahahahaha

Tuesday, December 14, 2010

tolong saya

kenapakah blog kesayangan ini buat hal plak
naper tak leh nak upload gambar plak
aduii laaa
 tolong laa jadi budak baik wahai si blog
saya mahu menjaja cerita yang penuh kontroversi kali ni
tolong laa ye

eh, takkan itu jer???

tak pe lah
walaupun sebanyak itu jer
aku bersyukur sangat2
ehehehe
itulah nasihat incik fidi
terima jer apa yg orang bagi kat kiter

ops, teka ape dia?

BONUS dihujung tahun
heheheheh

Monday, December 13, 2010

cerita terkumpul sepanjang ujung minggu

oke
kira buat sekali harung jer lah
ala lagipun dua hari jer kan

kitaorg tak der ke mana2 pun
cumanya hari sabtu tu
memang dah plan lama ngn incik fidi
nak tgk citer narnia 3D

kat alamanda memang takde 3D utk citer narnia
paling dekat ngn umah IOI Mall
jadi ke IOI mall le kiter
jom

oh ini masa tunggu incik fidi p potong rambut
sementara tunggu dia tu
aku pegi jalan2 cuci mata
sekali terembat baju kaler purple satu
hohohhoh
ops, incik fidi tak tahu
jangan dia baca blog sudah hahahaha


punye lah panjang beratur
lepas tu baru aku tahu lps buat sedikit kajian dan tinjauan
hahahahaha
patut le sbb dorang bukak satu kaunter jer
eh mcm tak logik jer
sbb dah laa org ramai, weekend plak
lain laa klu masa tu weekday yg org tgh sibuk keje
ish ish ish




gambar sterusnya adalah hari ahad plak
hahaha
kesian korang kan
tapi tak pe
kali ni kami pergi ke putrajaya
almaklumlah mak pak tgh kemaruk tgk anak baru dapat berjalan
anak pun apa lagi
lagiiii kemaruk dari mak pak

muka hepi seorang anak

ni plak muka hepi seorang anak dan seorang ibu yang slim
wakakaka
nak kena motivasi diri sendiri start dari sekarang

anak kelihatan sungguh gengster bila berada dikedudukan itu
mak plak kelihatan sungguh slim
sekali lagi motivasi diri hehehe

percaya atau tidak
perempuan ini sedang menarik nafas dalam2 supaya kelihatan kempis
hehehehe

aleesya happy sangat bila berjalan ni
klu bleh dia memang tak nak brek langsung






banyak kan gambar aleesya ngn ayah dia
nak buat macam mana
ayah dia jer yang larat nak kutip dia
hohohoh

aku ada laa dua tiga kali
surrender mak oke
berpeluh ketiak dibuatnye

cerita basi: aktiviti meluangkan masa dgn anak

 lepas balik keje hari jumaat hari tu
incik fidi call
katanya nak bawak aleesya jalan2 kat tasik

oke set
jadi aku balik umah amik dua orang pengarang jantung aku tu
terus zass ke tasik cempaka
dekat jer ngn umah aku

 masa aku lepas aleesya ni kan
punyalah happy dia
sambil jalan sambil tepuk tangan tu
tak leh blah langsung
 incik fidi ngn suasana petang
dah macam nak buat vclip lagu jer

 aleesya kan dia berani laa
bleh je lepas dia sorang2 gitu
klu jatuh pun...tak pe dia bleh bangun sendiri

 tapi masa jalan tu
ada jer keje dia
jap nak garu muka laa, jap nak pegang kaki laa, jap nak tepuk tangan laaa

 anak ibu...

 bila jalan tangan pun siap lenggok sekali

 pastu tetiba nak pimpin tangan ngn aku
oke layan laa 
bila lagi kan....
 bila nampak aku kuarkan tepon
mulalah dia pun 'amme amme'
tu dia suh pasang video badak tu lah
dia tak pandai nak sebut ammamawek

so sweet jer aku tgk gambar ni
siap lentok kepala kat bahu aku yang empuk tu tau
 oke ape pasal budak kecik ni tersengih jer?

 sebabnyeee dia nampak ada budak2 ni
aleesya ni suka berkawan
kalau ada budak2 mulalah dia nak buat peramah dia tu
nak join sekaki
tapi yg tak tahan takut kena tolak jer
macam peristiwa kat hospital tu
 oke ni le rupernye tasik cempaka bangi
tapi aku tgk skrg makin teruk laa
kotor dan tak terjaga langsung
sampah penuh tasik
dl2 laa ada jugak orang mancing kat tasik ni
tp sekarang dah tak der
agaknya kotor sgt kot
 pastu yg ni bahaya oke
dah hilang grill
silap2 hari bulan
mau terjunam masuk dalam parit ni
sangat bahaya kepada kanak-kanak
harap2 ada org yang amik perhatian
 eh suka nya dia...

 eh tetiba gambar dah jadi tunggang langgang
layannn jer oke
ni gambar masa baru sampai
konon nak jogging ler tu
 tak kisah pun apa yang ayah dia buat

 ha, yg ni aku tak suka
tetiba jer kete jadi kotor
sbb banyak lecak
waaaaa

sampai hari ni kete tu tak terbasuh lagi