oke kita sambung kisah semalam ye kawan-kawan...
berpraktikallah aku kat KUiTHHO tu )thanks ye kepada manges sbb bagi tau nama KUiTTHO dah tukar..sebenarnya dah tahu pun tapi sajer jer nak letak jugak KUiTTHO, baru feel nak bercerita kisah dolu-dolu ni hehehehe..seronok tau bila festime dapat tgk negeri orang. lagi2 kat batu Pahat ni ramaiiiii orang jawa. sedikit sebanyak aku dapat tahu jugak hal orang jawa.
walaupun aku duduk bujang ngn member ni tetapi tuan umah ni rajin mengajak aku ngn niza join komuniti setempat.eceh...senang cerita jom kita bergaul mesra dengan orang setaman.
kat sana tiap kali hari jumaat akan ada YASSINAN iaitu membaca yasin secara beramai-ramai. rumah plak setiap minggu berubah. klu minggu ni umah macik esah, minggu depan plak umah kak nab. begitulah sampai laaa habis rumah satu taman tu kot hehehe.
part paling best adalah makan-makan. hehehehe.pertama kali seumur hidup aku makan dalam talam. ye..kat sana nasi ambeng adalah juadah utama yang dihidangkan di dalam talam. satu talam 5 -6 orang jugak laa makan. masih terbayang2 kesedapan nasi ambeng Sri Gading...aku sukaaa tau. klu kat bangi ni aku dah cari, sumer rasa tak sama ngn yang Sri Gading. rindu nak makan nasi ambeng.
lepas tu masa kat Batu Pahat jugak laa aku berjinak-jinak makan tempe. mana tau dapat kulit mulus tulus macam pakai botox jugak hahahahaha
masa praktikal aku tak banyak jalan. satu tak der kenderaan. dua tak de duit.jadi klu ada duit kitaorang pergi laa mencuci mata dekat Summit. tapi kat sana dah rasa macam bukan duk Malaysia. ramai sangat foreigner. nyampas mak. dah laa dorang busuk!
hbs jer praktikal...aku tak terus balik kelate. cakap kat mak abah, nak stay lagi...cari kerja. masa cari kerja ni punyalah hazab oke. bukan senang nak cari kerja. lagi2 kalau ko usung degree. last choice, buang resume degree, letak resume STPM jerk. last-last dapat le jugak keje kerani kat kilang kain. oke lah.
pertama kali kerja dengan company cina, lain skit budaya mereka. rajin memang kena rajin. nak kipas pun rasanya dorang ni tak pandang sangat kot. tapi aku tak suka part nak semayang. dorang tak sediakan tempat solat pun.sedih....sepanjang kat sana aku solat bawah tangga jer oke. tapi tak pe...
kan aku tak der kenderaan, jadi bila nak pegi keje aku tumpang van budak2 kilang. ntah nape aku rasa mamat yang bawak van tu berkenan kt aku gamaknya hahahahahaha.ape2 hal aku mesti dapat duk depan.sebenarnya banyak kisah masa aku keje ni tapi aku malas nak citer.tak kuasa nyah
dl-dl ada angan2 nak kawen ngn orang johor. tapi nampaknya tak kesampaian laaa hahahahaha
Macamana dorang boleh tak jatuh cinta masa berlakon?
15 hours ago
9 love purple:
haha..sama2..
nasi ameng memang best..
lagi2 time mkn reramai tu!
pelik plak masa tu tak berebut plak.siap main tolak2 lagi..ko makan laa yang ni..ko makan laaa hehehe
xde sambungan ke? best la stori ni
nasi ambeng memang sedap. :)
wah...dah penah rasa jadi org johor kejap la eh? best kan johor? hehe.
mekda: mu perli aku ke apo ni? hehehe
cik intan: a'ah penah merasa org johor walaupun sekejap huhuh best sesangat.rasa nk pindah johor laa hahahaha
taun bile duk Kuittho? praktikal kat bahagian mana?
saya blaja kat sana zaman Kuithho le,hehe ntah2 pernah terjumpa2 kannn
tak berapa nak igt laa tapi rasanya tahun 2005. masa tu tak konvo lagi.erm btl laa..hehehe..
mungkin penah terjumpa kat kantin dia.erm rindunya nak makan kt kantin tu hihihihih
2005 awal tahun saya ada lagi tp kelas byk kat "City Campus" (kononla city parit raja kan) hehe masuk dlm kadang2 je kut.duk BP dr tahun 1999 rindu sesangat tau nak balik sana hehe
Post a Comment