? ??????????????Last Beat? ????? ?? ???Rating: 4.3 (6 Ratings)??3401 Grabs Today. 6923 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Colorful Twist? ????? ?? ???Rating: 4.5 (66 Ratings)??2360 Grabs Today. 28501 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, January 31, 2011

bergambar ala gadis remaja

 ala, kan sekarang ni klu kita tgk budak-budak pompuan yang baru nak naik klu bergambar mesti kamera kat atas, pastu bulatkan mata dan nipiskan bibir mulut. kendian masukkan dalam fesbuk ataupun hantar ke chatbox kt channel 15 hahaha..tgk ada tak memuji kecomelannya.

jadi aku sebagai mak budak ni yang dh ketinggalan zaman2 ni masa muda-muda dulu, teringin laa jugak kan. jom aleesya kita bergambar sakan. oke, kamera kat atas, pastu kita sengih BESAR-BESAR. say cheese!!! bila tgk balik gambar subhanallah! dah dah la buang tebiat pija oiii hahaha

lepas jer bergambar dengan sakan tu, tetiba jer aleesya ek ek ek nak pegang kamera tu. oke lah malas nak dgr dia menangis, aku bagi jer lah. TIBA-TIBA....wah kasik saspendo skit.....

yeah, wanita jelita yg nampak perut. awww seksi skit yer. kemain angkat kamera tinggi-tinggi ni supaya nampak impak kecomelan tu.

oke ibu, gambar tadi tak jadi, aleesya nak amik gambar lain plak. nnt nak MMS kat ayah...

oke, dh bulatkan mata dan kecikkan mulut. agak2 comel tak????

*budak-budak kecik ni suka meniru apa yang kita buat

Friday, January 28, 2011

Allahuakbar...

dulu masa aleesya masih kecik, aku akan letak dia di sebelah dan aku solat dgn aman. tp semenjak dia dh bleh merangkak dan berjalan ni, korang akan paham perasaan aku masa nak solat.

klu dia tak tarik telekung, dia akan panjat badan aku hehehe. tp nak buat macam mana kan. takkan nak kunci pintu plak dan biarkan dia kat luar sorang2 klu masa incik fidi tak der. mau menangis budak tu.

skrg bila dia tgk aku pakai telekung, dia cepat-cepat ckp 'awohbar' (Allahuakbar) dan tangan diletakkan ke dua-dua belah telinga.

pix google: comel jer budak pompuan ni pakai telekung gini kan. rasanya nak beli la satu utk aleesya.

tapi aku rasa aleesya dah keliru. mungkin sbb dia tgk ayah dia kot. sbb masa main-main dgn dia tetiba jer dia buat macam ni.....

pakai tupperware dan sebut 'awohbar'. heheheheheh

Thursday, January 27, 2011

vida by phynne ballerz...lagu dulu-dulu



VIDA
PHYNNE BALLERZ

Setiap detik saat buat kuhiba ku melarat
Dan semakin berat terasa terjerat
Mungkin ku tidak sekuat kusangka

Setiap rintik hujan buat keadaanku tenat
Dan segala kudrat kuperah keringat
Daku dah penat melawan perasaan

Dan memang benar sebenar-benarnya
( daku terseksa )
Amat terasa sejak kau tiada

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku

Katakanlah apa saja yang dikau damba
Sedaya-upaya kutunaikannya
Asal kau pulang ke dakapanku

Daku bersungguh sesungguh-sungguhnya
( tangis berdoa )
Mahu cintamu dan masa indah lalu oh...

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku...
Kaulah nyawaku oh...

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu
Carino mio
Tak terdaya lagi bernafas
Jiwa daku semakin lemas
Dahagakan cintamu
Kaulah nyawaku

Vida
Kembalikanlah semangatku
Kembalikan ketenanganku
Kurebah tanpamu

Berikanlah daku peluang hanya sekali lagi
Senyumanmulah menjadi penawar hati
Melutut merayu... kau nyawaku

hak hak hak giler nostalgia lagi ni weh. aku baru jer dengar dalam radio sinar jap tadi. bila dengar tu kan mulalah terbayangkan suasana dulu-dulu masa lagu ni tgh top.

seingat aku, lagu ni popular era 2001-2002 kot (betulkan aku klu silap). masa tu aku kat UUM. dulu mana ada tepon canggih-canggih bagai ni. paling canggih waktu tu Nokia 3310. hahahah. masa tu pun mana ada nada dering yg canggih macam skerg. dulu pakai yg polifonik tu jer.

klu orang tu anak orang kaya, maka kedengaran lah lagu-lagu fofular. klu tak mampu dgr jer laa ringtone yg memang dah ada dalam tepon tu.

eh nak citer pasal lagu VIDa ni. bila dh ramai orang guna ringtone lagu ni mulalah ada orang yg maha kreatip transfer jadi video. bukan yg mcm video clip tu. tapi macam......bila ko cari gambar-gambar cun, pastu edit sedikit sebanyak pastu masukkan lagu.harap korang paham laa. hehehe

huuhu terus terimbau kenangan tgk video ni (masa tu dorang guna gambar kucing-kucing yg cute). sebelum makan tu (dalam bilik), on cepat2 komputer terus bukak video ni. tak pun aku layan laa video zahid masa kt AF sampai rabun hahaha

poor him

seperti biasalah incik fidi sll pergi keje dl sebelum aku. masa dia pegi keje tu, kalau mood baik aku dah bangun, klu mood tak baik aku melingkar lagi atas katil ngn aleesya hehehehe

pagi-pagi ni, incik fidi dah pegi keje. bila jenguk tingkap...ooo..patutlah pagi ni ujan.

lepas tu ternampak plak atas meja solek. eh henpon berbaju merah?? eh incik fidi tertinggal telepon ke?

maknanya hari ni tak der lah SMS CINTA?
hahaha uwekssss

Wednesday, January 26, 2011

saya tidak suka perkhabaran itu

cuti tahun baru cina kan dah tak lama lagi. memang cadang nak balik kg. sbbnye mak pak kat kg dah sibuk menanya dan asik cerita pasal rindu dendam kat aleesya. jadi memang nak sangat-sangat balik kg.

dalam kepala otak siap dah pikir nak masuk baju ape dalam beg. eh sejak dah mak-mak ni kan, aku perasan klu nak pegi mana-mana mesti plan siap-siap baju ape perlu bawak dalam kepala. itu baru dalam kepala yang dah makan beberapa hari. tak masuk lagi bab betul-betul punya masa nak masukkan kain baju dalam beg. memang makan masa 2 3 hari jugak laaa.sieys wei

jadi bila dah sangat plan2 dalam kepala otak ni tetiba jer plan tu dh jadi penyek dan remuk redam. pasai apa? pasal tetiba jer incik fidi cakap dia kena keje malam tahun baru cina waaaaaaa...

tukarlah ngn orang lain hahaha mudah2 kan nak main tukar2.nak tak nak kena tgk balik. sempat ke nak balik 3hb tu. igt nak lama2 skit kt kg. 'kita tgk laa mcam mana'<------ayat incik fidi.

Tuesday, January 25, 2011

sesi rekrut

malas laa nak tulis panjang-panjang
skrg ni nk tulis blog memang malas tahap dinasour
jadi korang layan gambar jer lah ek

gmbr atas aleesya seronok kena buli ngn ayah dia

gambar bawah plak aleesya rela utk direkrut
hehehehe

 siap ngn baju ujan bagai
eh ke orang panggil baju ape ni?
lupa nak tny ngn incik fidi




buat kaum ibu....korang penah tak kena baling dgn botol susu?

aku????semalam baru jer kena...

masa kena tu sakit bukan kepalang. rasa nak tambah lagi sakit....hantuk kepala kt dinding hahahaha. sumer tu aleesya punya pasal lah.

dia skrg memang sukaaaa sangat ketuk-ketuk barang. tak kira lah botol susu ke, remote ke, tepon ke..klu dia ketuk atas sofa ke meja ok laa jugak, ni nak ketuk jugak kt badan orang

aku cukup risau bila dia duk ngn babysitter dia. takut dia terketuk anak orang jer. ampunnnnn....

mulut aku ni dah penat cakap "tak baik aleesya buat macam ni"....memang aku takkan pukul dia balik. paling tidak aku jerit kt dia jer. bila dh sakit memang out of control laaa. hahahaha

klu korang yang ada macam mana ek korang handle perangai budak yg suka ketuk-ketuk barang kt badan kita ye???cer cerita skit kt aku

Monday, January 24, 2011

ni kedai makan ke kedai lipas???

semalam incik fidi ajak makan nasi lemak tersedap katanya kat cheras. oke macik menurut perintah. lagi pun dah lama tak keluar malam-malam ni. sajer nak kasi anak demam

kununnya lepas tu nak pergi downtown plak. tapi hancus sbb aleesya dah dibuai mimpi.

kitaorang makan kat Original Kayu Nasi Kandar, sebelah je ngn Q-Bistro.tapi aku rasa nasi lemak Q-Bistro lagi best...:(

incik fidi tgh tilik tangannya. naik ape benda ntah. macam campak tu. tapi tak demam.

budak kecik ni layan papadom jer. sampai kenyang agaknya. sbb bila aku suapkan nasi, dia dh tak mo. oh abaikan baju sejuk aleesya. aku beli masa kt bandung hari tu lagi. masa tu tak tahu lagi peknen boboy ke gugurl...belasah jer. pastu dah kecik plak tu.. hahahahaha nasib la aleesya oiii

oh ye....aku pun heran nape laa banyak noo lipas kt kedai ni. masa makan tu tak keluar lagi anak beranak lipas ni. ke aku tak perasan sbb khusyuk makan???

lps jer makan tu, baru aku perasan....eeee gelik! merata-rata lipas jer. toleh kiri...lipas. toleh kanan....lipas. toleh atas kepala....lipas. sah dia dah hinggap kt atas kepala aku.

beria aku tepis ngn incik fidi sekali. dalam tu aku control tak bagi keluar suara menjerit-jerit. kang ada plak yang menonton drama sebabak aku nih. choii laa kedai ni. memang sah2 aku banned mu!

inilah nombor meja yang tak bertuah tu. ke tempat aku jer yang ada lipas bersepah-sepah? meja lain tak der???ntah laaa yang pasti I HATE U!

tasik cempaka bangi TERBAIK!!!


selama ini kan aku asyik pergi putrajaya klu nak bawak aleesya makan angin petang. rupernya aku tak tahu tasik cempaka yang hanya sekangkang king kong dari umah aku tu lagiiiiii best.

meriah wey kt sana....

*mood malas nak tulis cerita ceriti panjang2. layan gambar sajork ye..

tema baju adalah salah ye puan-puan. sepatutnya pergi taman pakai le seluar panjang. klu tak jadi macam aleesya. huhuhuh...

oh budak2 kompom suka sbb ada menan ni. tp aku melarang keras lagi utk aleesya nk join menda alah ni.sbb nye aku tgk sumer budak2 besar. kang aleesya join terpenyek dia.

jadi menan dia hanyalah batu-batu jalan wakakakaka. tak pe sayang....nnt dah besar ibu janji bawak aleesya main sama2 ngn abang ngn kakak oke.





jalan dua tiga tapak, bergayut kat kaki aku. ape kessss????


taman ni yang belah PKNS ye.. klu yang belah satu lagi tu tak berapa best sbb situ lebih kepada sesiapa yang suka jogging.

aleesya jalan asyik dongak ke atas. mana tak nye nak tgk layang-layang. jalan-jalan...pastu dongak..jalan-jalan pastu dongak. hasilnya korang tengok laa lutut dia

calar pertama dalam hidup aleesya. hehehehe. tapi bila balik tu, aku sapu dettol ngn ubat langsung tak menangis. tak sakit ke????

dah namanya main sensorang, jadi kutip rumput laa jawabnye ...

lagi kecederaan aleesya hehehehehe

Friday, January 21, 2011

puan rosmilia, cepatlah balik! sudah rindu sama kamu

oh puan amy sekarang masih lagi berada di kampung sbb dia baru bersalin. berpantang laa uols hehehe.

tak sabar rasanya bila dia balik penang nnt. sbb nnt dia bleh laa update cerita-cerita yang dah nak basi tu kekeke. dan tak sabar jugak nk tgk dia menempek gambar anak dara dia yang nama Q****** itu.

sebenarnya ada jer gambar budak tombam tu kt henpon aku. tp kang klu aku dah upload awal dari ibu dia, nnt dah hilang plak special dia kan. nak tgk....kena terjah dari blog ibu dia sendiri.heheheeh

jadi tak sabar nk tunggu 10hb feb nnt. amy!!!! cepatlah balik ke penang tu...nnt jangan lupa hapdate blog ye.

rindu nak cium dia tika itu

tadi terbelek folder gambar lama-lama. untung jugak aku ni suka amik gambar (walaupun pakai kamera cap hayam) jadi bila kita nk igat momen tertentu, cari jer gambar. sure kita igt balik...

pastu buka plak folder aleesya. dari aku duk dalam wad (dalam wad masih gigih ambil gambar walaupun contraction dtg selang 5 minit) sampai laa aleesya dah besar panjang ni. hehehehe

oh, gambar kt atas tu ya...aleesya baru jer berumur sehari. best sangat bau dia masa ni. bau baby-baby...terus rasa rindu membuak2 bila tgk gambar ni. rindu nak cium dia. rindu nak peluk dia yang hanya sebesar peha aku hehehe.

selingan jap : semalam tgk video justin bieber (betul ke eja cam ni, belasah jer lah). lagu baby baby tu. ntah tajuk ape dia. (kurang amik port sbb tak minat dia) tetiba aleesya tak berkelip-kelip tgk v/clip tu. hbs jer terus dia plak sambung. bie bie bie...duk sebut itu lah sambil goyang badan kiri kanan. hohohoh sweet laah

incik fidi ada juga masa tu. terus dia cakap. "kita kena ajar dia baca quran laa ni." hahaha, oke oke tuan besar. nnt mem ajar anak kesayangan kita ni baca quran. tp risau dia koyakkan quran tu jer sbb masa aku baca Yasin hari tu pun dh hbs 1 muka surat selamat dalam genggaman dia. waaaaa.....

Thursday, January 20, 2011

hari ni bercuti-cutian

baru jer plan hari nak bangun lambat, sekali pagi-pagi buta lagi aleesya menangis dengan maha kuat. ntah ape kena ntah budak ni

lepas tepuk2 skit, dia tido balik. fuh, bleh sambung tido lagi laa ibu dia. sekali bunyi gedebuk plak. guess what? aleesya tergolek jatuh katil! meraung lagi budak kecik tu. ayooo...

last sekali memang jahanam laa plan nak bangun lambat. terpaksalah pujuk2 dia tgk kartun pagi2 buta uhuhuhuh...tapikan ape kes duk umah time cuti? klu nak keluar plak malas nak serabut ngn orang ramai. memang klu pegi midvelley ke jusco ni sah bersesak-sesak berlaga vuntut, eeeeee......

jom pegi taman laaa...bleh laa jogging sebarang dua hahahahaha. katakau!

Wednesday, January 19, 2011

sibuk sungguh

2 3 4 hari ni aku rasa aku bz sangat-sangat. balik umah jer terus tertido. badan rasa penat sbbnye kena drive ke tempat yang jauh-jauh.

hari ni plak menuju ke klang. sepanjang ada kt KL ni, baru sekali aku jejak kaki nun di Klang. tu pun incik fidi yang bawak kete masa bercinta2 dulu ahaks.

harap dapat jumpa jalan ke klang dengan bantuan gooogle maps ni hehehe. akibat keluar asgmnt tak henti-henti minggu ni, satu hapak pun story aku tak taip lagi...waaaaaa

oke lah, sekadar luahan hati itu sahaja. bubai

Sunday, January 16, 2011

bil astro makin naik???

kalau korang perasan laa...sbbnye aku perasan bil astro ni makin naik TANPA SEBARANG NOTIS PEMBERITAHUAN...eh macam suka suki jer naik kan?

klu dulu bil aku RM69.90...lps tu selang beberapa bulan naik ke RM70.00..oke lah sbbnye naik pin seposen jer..tapi semalam aku check bil terkini dah nak RM82.53. sumer jumlah ni utk pakej yang sama..tak der tambah tak der kurang

klu bil naik ,servis oke tak pe gak...ni kadang2 hancus...

yang aku terkilan, klu dorang laa, naik ke turun ke tak der pun bgtau kita. try kita nak tambah channel ke, ooiiii laju jer cas Rm10...tu blum lagi yang lambat bayar terus cas RM10 jugak klu nak sambung balik...

aduii aku kecewa..itu sahaja luahan hati aku pada pagi ahad yang sejuk ni...

aktiviti wajib waktu petang masa weekend

mana lagi klu bukan melepak kat dataran putrajaya. eh silap dataran under renovation. bila ntah nak siap. jadi lepak laa kat tepi2 jalan tu. feeling-feeling pelancong asing yg naik bas. hahaha.

*dah rasa jadi macam duta putrajaya plak aku ni. balik-balik cerita pasal putrajaya hehehe

wah anak daraku...posing mengalahkan zaman rock kapak...len kali nnt ibu ajar camne nak posing ye.

oo makan sensorang ek? oke tak pe....


eh ada tangan kecik nak menyibuk jugak makan jajan...no aleesya no...aleesya tak leh makan jajan. aleesya makan chipmore jer oke
mak pak plak layan eskrem yang lazat....odap...
subhanallah...aleesya janganlah duduk kt lantai tu...kotor


"ayah nape ayah posing macam tu?igt ayah posing macam tu ayah smart sangat ke? hahahahaha


melenggang kangkung cik minah sayang. semalam aleesya terlampau ramah. hbs sumer orang ditegur nya. ada laa dua tiga orang budak lalu dia nak ikut budak tu balik...hayooo...

lps tu ada plak mamat arab dua ni...terlebih ramah plak ngn aleesya.siap nak dukung2 plak.aku dah risau n cuak jer. dah laa gigi berkarat. nyah ko...hihih


eh hepi plak aleesya...hehehe suka tengok dia sengih macam tu...

satu-satunya gambar bertiga...jadi lah ye hehehe

iklan ubat batuk cap ibu dan anak hehehe


pemandangan cantik kt putrajaya
sori entry ni agak berterabur
lantokla
hehehee

Friday, January 14, 2011

"gosok gigi 3 kali sehari"

 kan ada iklan kt tv pasal gosok gigi ni kan..ala iklan budak2 (aku rasa budak indon jer). tapi comel kan...

seronok dorang lompat-lompat, menari lps tu nyanyi "gosok gigi 3 kali sehari". aku ni plak dgr lagu, dah macam dgr mandrem....sekali dengar lps tu ulang-ulang banyak kali. sampaikan hari tu incik fidi beria ni panggil aku masa tgh syok sidai kain..."cepat! cepat! lagu gosok gigi ni" laju-laju aku angkat aleesya sekali pergi nyanyi sesama depan tv. hahahaha

oh, ni nak cerita pasal aleesya gosok gigi laa. dulu-dulu aku guna berus gigi baby yang plastik tu. sarung kt jari lps tonyoh...lps tu dimainnye dek aleesya, hilang ntah ke mana. terus aku beli berus gigi besar.

nak gosok gigi bukan kerja senang oke. sebabnya dia asyik sangat nk gigit berus. abis tu klu berus kena gigit, nak berut pakai ape???cer cerita....

 ni aku biar jer dia main berus gigi ni. kelas tak aku....gosok gigi anak depan tv. korang ada?? hahaha

oke sekarang dia gosok gigi dengan cara betul. betul laa sangat....gigi takat ada 6 batang, eksen jer lebih aleesya ni

sampai terpejam-pejam mata gosok gigi. jangan tidur sudah ye.

eeee....comot! air liur sesaje. sampai aku kena lap sbb dah meleleh hingga ke dada. eeee anak sapa la ni?

Thursday, January 13, 2011

OUCH....

perut rasa tak selesa sangat....

kepala rasa berat.....

ini memang sah tanda-tanda nak 'bender jipun'. ahh......tak selesanyaaaa

sesi makan-makan dan ramah mesra satu opis

 tengah hari tadi ada meeting merangkap makan makan yang dibuat di Restoran Tupai-tupai, Bangi. makanan adalah super duper sedap. plak tu banyak sangat seafood2 yang menyelerakan. nyummy-nyummy

baru aku perasan, minggu ni dah banyak sangat aku maka seafood. tembun laa kali ni hehehe

 sori, gambar tersenget. hhehehehe...kunun-kunun amik gambar ni secara artistik laa hahaha. jadi laa kan...klu guna samsung idaman tu mesti lagi gempak kan...ni takat guna kamera handphone heheh
 
 tiga dara pingitan..OPS ,silap.....satu dara pingitan, satu mak buyung dan satu lagi mak budak. hehehe. masa ni tengah boring dengar bos berucap. eh bukan boring laa cuma dah hilang kosentrasi skit..

 lagi bukti hilang kosentrasi masa bos berucap. sbbnye perut masing-masing dah lapar tahap cipan. cipan pun tak lapar macam kitaorang ni.

 yang ni lagi laaaa...hahaha ampun kak...buh gambar super impose ni  hehehehe....

 suasana dalam restoran. kitaorang ni duk tingkat atas. mungkin sesuai untuk perbincangan atau majlis-majlis kot. sbbnye aku tengok bahagian depan dah macam pelamin pengantin dah.

 budak tak der kerje laaa tu..aku amik gambar dia. dia amik gambar aku plak. tapi sebenarnya aku nak jadikan dia model minyak cap kapak. mana tau dapat tawaran baik punya dari kilang minyak angin cap kapak.nak tak syada?

 oh, datin tulis cek laa....berangan sungguh! tak der maknanya cek cek segala bagai...tu tulis kehadiran. terus teringat kenangan masa kat U dl. setiap kelas kena tanda tangan kehadiran. jadi kepada bakal student U, silalah cipta tanda tangan seringkas yang mungkin. sbb nnt bleh tolong kawan tandatangankan utk korang klu korang malas pergi kelas bangun pagi hahaha

 bos tengah buat orang sumer berdebar-debar, saperkah yang dapat anugerah KPI kali ni....jeng jeng jeng. tahniah kepada Majalah Saji. oh bangga. OPS..

akhir kata dari kami....perut kami kenyang oooo!!! hahaha...makan sampai tak hinggat. sayur pun mabeles...klu bleh nak buat meeting harap buat kt Tupai-tupai lagi hehehehe