semalam call abah untuk mengutuskan urusan seri paduka baginda yang berlaku pada siang harinya. dorang mendoakan aku berjaya. amin
lps tu bertanya kabar laa...kesian abah. dia ada sakit gout dan sekarang dia tgh menahan sakit. semua ini disebabkan banjir. al kisahnya abah ni hanya serasi dengan ubat yang ada di klinik rantau panjang. klinik lain memang tak jalan dgn badan dia.
bila dah tgk stok ubat hbs, abah mula bercadang-cadang nak ke rantau panjang. sekali banjir melimpah ruah menyebabkan jalan tutup. akibatnya, kaki dia membengkak mcam belon...
sempena dipagi mulia ini, aku memohon dan berdoa semoga keadaan di rantau panjang kembali kepada keadaan asal. tenang dan tiada lagi banjir.semoga abah cepat sembuh..
sob sob sob mood sedih....
Macamana dorang boleh tak jatuh cinta masa berlakon?
20 hours ago
0 love purple:
Post a Comment