hari jumaat lepas, tetiba pengasuh aleesya call aku ckp aleesya tiba-tiba demam. lps tu pakej lengkap dtg sekali....ngn muntah yang maha banyak.
aku yg terdengar ni, terus....DUPP. rasa nak pengsan bila anak tiba2 demam.tu baru demam, klu lain dari itu...tak tau jadi apa kt aku. nauzubillah..
lps jer ltk telefon, terus aku laju-laju balik umah.nsb baik umah dekat ngn opis.amik aleesya dari umah pengasuh n terus bawak pegi klinik.
semalam badan aleesya makin panas. dan seperti biasa macam budak2 lain jugak, dia tak tido semalam.apa lagi....ibu dia pun tumpang jadi burung hantu jugak laa..aleesya bila demam dia kureng skit ngn incik fidi...nak ngn aku jer.
aku syak dia demam adalah sebab dia nak tumbuh gigi. sebab dah nampak 'taring' keluar kat bahagian atas.tapi alhamdulillah..hari ni dia dah oke sikit.siap boleh pegi alamanda lagi...
0 love purple:
Post a Comment